Kanak Empat Tahun Tertelan Dadah Mulai Sedar, Keadaan Bertambah Baik

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Kanak-kanak berusia empat tahun yang dilaporkan berkaitan kanak tersebut tertelan dadah jenis methamphetamine kini mulai sedar dan keadaannya bertambah baik.

Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, kaki dan tangan anak bongsunya sudah mula bergerak dan dia telah membuka mata.

“Dia juga sudah mula sedar, makan dan minum semuanya sudah,” katanya.

Tambah wanita itu, keadaan anaknya nampak bertambah baik dengan pemantauan rapi doktor di unit rawatan rapi wad kanak-kanak Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini.

Malam tadi, wanita itu memberitahu kaki anaknya mulai bergerak, manakala air mata turut mengalir.

Lina Aina turut menyampaikan sumbangan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Mas Emiryati Samsuddin yang prihatin dengan nasib malang keluarga berkenaan.

Jelasnya, kerajaan perlu melihat kepada hukuman tambahan yang lebih berat ke atas pelaku yang sengaja menyebabkan kanak-kanak terdedah dengan kesakitan dan bahaya seperti yang dialami kanak-kanak berkenaan.

Kata Lina Aina lagi, daripada rekod yang diperoleh, 20 hingga 30 peratus kes penyalahgunaan dadah menggunakan helah membawa kanak-kanak bagi mengaburi mata pihak berkuasa, termasuk untuk aktiviti jual beli dadah dan penagihan di sarang penagihan.

Sumber: AWANI