Ali Abu Alayya berumur 13 tahun yang pada mulanya mengalami kecederaan kritikal disahkan telah meninggal dunia setelah ditembak oleh pihak Israel. Beliau ditembak semasa pertempuran di kampung al-Mugghyyir, Ramallah timur, di Tebing Barat. Meskipun telah dihantar ke Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, di Tebing Barat bagi melakukan pembedahan namun usaha menyelamatkannya tidak berjaya.
Rakyat Palestin mengambil bahagian hari ini dalam pengebumian Ali Abu Alayya. Mayat Ali diusung dari Hospital Ramallah dan dihadiri oleh ratusan orang meskipun wabak koronavirus sedang melanda. Mayat Ali telah dibawa ke kotanya untuk dikebumikan di tanah perkuburan tempat tinggalnya.
Akibat pembunuhan kanak-kanak Palestin yang tidak berdosa ini, Pegawai Palestin dan antarabangsa mengecam keras pembunuhan Abu Alayya oleh tentera. Liga Arab turut mengecam kejadian itu.
Kenyataan Penolong Setiausaha Jeneral Liga Arab, Saeed Abu Ali
Dalam satu kenyataan, Penolong Setiausaha Jeneral Liga Arab, Saeed Abu Ali, mengatakan bahawa kejahatan keji ini adalah kesinambungan dari siri kejahatan sistematik penjajahan terhadap rakyat Palestin dan penodaan Palestin terhadap darah, hak, tanah, dan tempat-tempat suci.
Dia menekankan bahawa kejahatan ini membuktikan penghinaan terhadap nilai-nilai, undang-undang, dan konvensi antarabangsa, dan pencerobohan berterusan terhadap rakyat Palestin, serta menegaskan semakin besar tanggungjawab masyarakat antarabangsa untuk memberi mereka perlindungan. Dia selanjutnya mengecam cubaan serangan pembakaran oleh fanatik Yahudi Israel ke atas Gereja Gethsemane di Jerusalem Timur yang dikuasai semalam.
Menurutnya lagi, serangan pembakaran ini adalah tindakan terorisme yang sangat mengerikan sekaligus memperlihatkan ceteknya mentaliti penjajah Israel, dan hasutan berterusan pihak penjajah disamping menyeru semua pihak untuk terus memberi perlindungan untuk rakyat Palestin dan tempat suci umat dan Kristian berdasarkan undang-undang dan resolusi antarabangsa.
Dia menganggap pihak berkuasa pendudukan Israel bertanggung jawab atas tindakan kejam ini, menyeru masyarakat antarabangsa untuk berusaha agar penjajahan itu bertanggung jawab atas kejahatannya dan peningkatan sasarannya terhadap tempat suci Islam dan Kristian.
Selain itu, Delegasi Kesatuan Eropah turut meminta agr penyelidikan dijalankan mengenai kejadian ini.
“Kanak-kanak mendapat perlindungan khas di bawah undang-undang antarabangsa,” kata Delegasi dalam sebuah kicauan di Twitter.
“Berapa banyak lagi kanak-kanak Palestin yang akan terkena senjata yang boleh mematikan oleh pasukan keselamatan Israel?” Delegasi EU mengatakan “kejadian mengejutkan ini harus disiasat dengan cepat dan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Israel untuk membawa para pelaku ke muka pengadilan.”Beliau turut mengucapkan takziah kepada ibu bapa Abu Alayya dan keluarganya.