Kanak-kanak pelarian ini sanggup berenang dari Maghribi ke Sepanyol semata-mata untuk menyelamatkan diri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Seorang budak lelaki Maghribi berenang menggunakan botol sebagai pelampung di lautan bersempadan Sepanyol-Maghribi, bersama ribuan pendatang berenang melintasi sempadan, di Ceuta, Sepanyol, 19 Mei 2021. (Foto Reuters)

Sebuah rakaman yang tular telah menunjukkan imej kanak-kanak lelaki Maghribi yang berusaha gigih terapung menyelamatkan untuk sampai ke Sepanyol.

Video kanak-kanak lelaki ini menarik perhatian media kerana dia terapung di laut dengan hanya menggunakan botol-botol yang diikat di pinggangnya, lapor reuters. Dan apabila dia berjaya tiba di pantai, dia menangis teresak-esak.

Sumber: Reuters

Setelah berjaya tiba di pesisir pantai, kanak-kanak tersebut meluru untuk memanjat tembok yang berdekatan namun tindakannya dihalang oleh askar yang bertugas di kawasa tersebut.

Berdasarkan laporan dari askar yang menemui kanak-kanak itu berkata:

“Kanak-kanak tersebut tidak mahu kembali, dia tidak mempunyai keluarga di Maghribi, dia tidak peduli jika dia mati kerana kesejukan. Dia lebih memilih untuk mati … daripada kembali ke Maghribi,” askar Rachid Mohamed al Messaoui berkata.

Askar tersebuat berkata “Saya tidak pernah perkataan sebegini dari seseorang yang usianya begitu muda,” kata lelaki berusia 25 tahun itu kepada Reuters.

Rasyid Mohamed al-Messaoui, 25, seorang tentera yang sedang bertugas di wilayah utara Ceuta di Afrika Utara, membantu seorang budak lelaki Maghribi yang menggunakan botol plastik kosong sebagai pelampung untuk berenang ke Ceuta, di pantai El Tarajal, berhampiran pintu pagar antara sempadan Sepanyol-Maghribi .
(Foto Reuters)

Askar-askar tersebut telah menemani kanak-kanak tersebut ke pintu masuk zon keselamatan yang terletak antara kedua-dua negara, bersama dengan pelarian lain.

Mengusir kanak-kanak di bawah umur adalah tidak sah di Sepanyol dan ratusan kanak-kanak telah diproses untuk diletakkan di pusat penerimaan sementara di Ceuta.

Kanak-kanak lelaki tersebut adalah salah seorang daripada sekitar 8000 pendatang yang berenang atau memanjat pagar sempadan ke kawasan yang dikepung setelah Rabat mengurangkan kawalan sempadan.

Sepanyol telah mengerahkan pasukan ke Ceuta untuk meronda kawasan yang bersempadan dengan Maghribi itu dan menyebut situasi itu sebagai krisis bagi Eropah.

Al Messaoui yang boleh berbicara bahasa Arab Maghribi mengatakan bahawa dia cuba mengawal emosinya untuk menenangkan mereka yang tiba di pantai tersebut dan bertindak sebagai penterjemah bagi rakan-rakan askar Sepanyolnya.

Tambahnya lagi “Anda merasa kecewa, putus asa kerana anda tidak dapat melakukan banyak perkara untuk budak itu,” katanya.