Perang yang berlaku di Yaman telah menyebabkan rakyatnya ramai menderita termasuk kanak-kanak. Akibat kelaparan dan tiada makanan berkhasiat, mereka mengalami malnutrisi.
Antara kanak-kanak yang menderita ialah Hassan Merzam Muhammad. Empat bulan lepas, Hassan yang berusia 10 tahun telah mengalami kekurangan malnutrisi ( zat makanan) sehingga dia tidak dapat berjalan atau bergerak, lalu dibawa ke klinik Yaman oleh ayahnya.
Gambarnyanya di laman web Reuters yang tersebar di internet telah menarik perhatian dunia terhadap keadaan negaranya.
Setelah meneriwa rawatan, Hassan akhirnya boleh bermain dengan kereta mainan, duduk di atas keldai. Kanak-kanak ini yang bisu sejak lahir menggunakan isyarat tangan dan senyuman untuk berkomunikasi.
Kekurangan zat makanan telah menyebabkan seperti dirinya dan 2 juta kanak-kanak Yaman yang lain kerana perang, kemerosotan ekonomi dan COVID-19 menjadikan Yaman lebih hampir dengan apa yang diperingatkan oleh PBB boleh menjadi kelaparan terburuk selama beberapa dekad.
“Hassan makan apa yang kita makan: nasi, roti. Kami tidak mempunyai makanan yang kaya-lemak dan tidak dapat memberinya daging, ”kata bapa saudaranya, Tayeb Muhammed.
Hassan telah kehilangan beberapa berat badan semasa menjalani rawatan sejak kembali ke rumah keluarganya.
Akibat perang keluarga Hassan terpaksa berpindah randah dan sekarang ini mereka tinggal di kawasan luar bandar iaitu daerah Hajjah, salah satu wilayah termiskin di Yaman. Bapanya tidak mempunyai pekerjaan untuk menampung tujuh anaknya.
Ketika pihak Reuters pertama kali bertemu dengan Hassan pada bulan Julai, beratnya hanya 9 kilogram. Klinik kesihatan tempatan telah berusaha keras bagi menghantarnya ke ibu kota Sanaa untuk mendapatkan rawatan.
Rawatan tersebut dibayar oleh badan amal. Sekarang ini beratnya telah mencapai lebih dari 13 kilogram. Namun begitu menurut bapa saudaranya tubuh Hassan kembali lemah dan dia memerlukan lebih banyak rawatan.
Akibat perang yang berlaku lebih dari 5 tahun, ia telah menyebabkan 80% penduduk bergantung pada bantuan semata-mata dan ia bertepatan sebagaimana yang telah diucapkan oleh PBB bahawa Yaman mengalami krisis kemanusiaan terbesar di dunia.
PBB telah memberi amaran pada akhir 2018 mengenai kebuluran yang akan berlaku namun akibat sekatan koronavirus, pertanian yang dimusnahkan belalang, bencana banjir dan kekurangan dana menyebabkan bantuan tahun 2020 agak terhad dan menyemarakkan lagi kebuluran yang berlaku.
Perang di Yaman telah mengorbankan lebih dari 100,000 orang dan mewujudkan negara yang berpecah belah ditambah pula tentera Houthi yang telah menawan kota Sanaa dan kebanyakan pusat bandar utama.