LONDON – Harry Kane percaya Antonio Conte yang mementingkan kecergasan mampu membawanya ke tahap lebih tinggi musim ini.
Hasil latihan kecergasan Conte, pesaing Spurs bakal berdepan Kane yang lebih cergas dan tangkas. Ia juga berita baik buat England menjelang Piala Dunia di Qatar.
“Antonio amat menakjubkan. Dia membawa tahap kecergasan ke tahab baharu buat saya.
“Daripada segi mental, bersamanya setiap hari, melihat cara dia membuat persediaan, cara dia mendapatkan kualiti terbaik daripada pemain-pemain, banyak yang saya pelajari.
“Saya belajar setiap tahun dan semakin baik serta berpengalaman. Tetapi dengan seseorang seperti Antonio, ia mempercepatkan proses itu.
“Saya rasa masih banyak yang mampu saya sumbangkan dan saya harap, ia mampu dizahirkan tahun depan,” kata Kane.
Conte mengerah pemain-pemainnya menjalani dua sesi latihan setiap hari sepanjang jelajah pra-musim di Korea Selatan.
Sumber: BERITA HARIAN