Kantoi rentas guna ‘laluan tikus’

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, operasi khas itu dilakukan pihaknya di kawasan sempadan daerah Kemaman dan Cherating, Pahang.

Menurutnya, operasi itu dilaksanakan bagi mengesan dan menghalang individu dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pahang memasuki negeri ini.

“Kesemua yang ditahan itu adalah penduduk yang berada bersebelahan daerah ini dan tidak mempunyai sebarang dokumen kebenaran untuk melakukan pergerakan rentas negeri.

“Sebelum ini, kita mengesan penduduk kampung bersebelahan sering menggunakan ‘laluan tikus’ ini untuk ke sini bagi mengelak sekatan jalan raya (SJR) yang terletak kira-kira lima kilometer dari ‘laluan tikus’ berkenaan.

“Semua lelaki yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk diambil keterangan sebelum masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, pihaknya akan mengetatkan lagi kawalan di tujuh laluan tikus di daerah itu bagi mengelak berlakunya pergerakan rentas negeri dan daerah.

Katanya, orang ramai diingatkan supaya tidak melakukan pergerakan rentas negeri sekiranya tidak mendapat kebenaran daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau berhadapan dengan tindakan yang lebih tegas.

Sumber: My Metro