Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 (KTPNT2021) Sasar Tarik Lebih 100,000 Pengunjung

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Karnival Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021 (KTPNT2021) yang membuka tirainya hari ini menyasarkan lebih 100 ribu pengunjung hadir sepanjang 3 hari dilangsungkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim, karnival ini merupakan acara penutup kepada kalendar Tahun Pertanian 2021.

93 daripada 94 program telah berajaya dilaksanakan sepanjang kalendar Tahun Pertanian 2021 iaitu yang tinggal hanya program pemecahan tanah perumahan penempatan nelayan di Setiu.

Pelbagai program menarik dan unik akan menjadi tarikan pengunjung di Dataran Pekan Jabi ini antaranya, Pameran Binatang Ternakan seperti, Lembu Sado, Kerapu Gergasi dan Gajah Denak yang diberi nama ‘Suria’.

Turut diadakan jualan ‘Keluarga Malaysia’ yang dijalankan oleh KPDNHEP dengan jualan keperluan harian dengan harga yang rendah serta pelbagai jualan pertanian dan penternakan yang menghiasi sepanjang karnival ini.

Sebanyak 13 agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang akan beroperasi sepanjang karnival ini dilangsungkan.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM