KUALA TERENGGANU – Kasut U menawarkan baucar tunai RM 20 secara percuma sempena Hari Bapa yang disambut 19 Jun dengan pembelian sebarang produk Kasut U dengan nilai RM 83.
Pegawai Pemasaran Kasut U Sdn Bhd, Encik Syahir berkata promosi ini telah bermula pada awal Jun hingga akhir Jun sempena Hari Bapa.
“Ini pun kita telah buat sebelum ini dengan baucar RM 20 itu,‘ so suprisingly’ it quite good’ daripada segi sambutannya”
“Penggunaan RM 20 tu untuk tolak barang-barangan yang dia nak, atau memang dia ada target untuk dapatkan barang apa-apa ke, so boleh tolak baucar 20 ringgit itu” tambahnya lagi.
“Target untuk sebelum ini pun alhamdulillah lebih daripada apa yang kita target iaitu pengeluaran baucar keseluruhan 20 ribu yang dikeluarkan, hampir 50 peratus penggunaan baucar telah digunakan”, tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, baucar tersebut boleh digunakan pada semua produk Kasut U dan tidak hanya boleh digunakan pada produk untuk lelaki berikutan sambutan Hari Bapa.
Mengulas pelancaran produk baharu sempena menjelang Hari Raya Haji nanti, Kasut U akan mengeluarkan produk berupa sandal tanpa jahit yang sesuai dan senang digunakan untuk digunakan dalam melaksanakan ibadah haji.
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM