Kaya Omega 3 tapi tak semua orang mampu beli salmon, 4 ikan lebih murah ini pun ada khasiat serupa!

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KALAU sebut pasal omega 3 ia cukup sinonim dengan ikan salmon. Walaupun salmon memiliki omega 3 tinggi tetapi bukan semua orang mampu membelinya kerana harganya yang mahal.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis ikan lain yang turut kaya dengan omega 3 termasuklah;

1. Ikan kembung (mengandungi 2.2 gram omega 3 dengan setiap 100 gram)

2. Ikan tuna (mengandungi 2.1 gram omega 3 dengan setiap 100 gram)

3. Ikan tongkol (mengandungi 1.5 gram omega 3 dengan setiap 100 gram)

4. Ikan bilis (mengandungi 1.4 gram omega 3 dengan setiap 100 gram)

5. Ikan salmon (mengandungi 1.6 gram omega 3 dengan setiap 100 gram)

Omega 3 adalah sejenis lemak essensial yang penting untuk kesihatan termasuklah;

1. Melawan kemurungan dan kebimbangan melampau

2. Meningkatkan kesihatan mata

3. Menurunkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar

4. Mengurangi gejala sindrom metabolisme

5. Mencegah penyakit alzheimer

6. Mencegah penyakit asma

7. Menjaga kesihatan tulang

Meskipun ikan-ikan tersebut kaya dengan omega 3 namun cara memasaknya juga cukup penting bagi memastikan semua khasiatnya tidak hilang.

Sebaik-baiknya, ikan itu jangan digoreng sebaliknya pilih cara masakan seperti rebus, kukus atau pun dibakar.

Sumber: mStar