Kegigihan Pemuda Palestin sebagai usahawan “Hotdog man” kala Pandemik

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Issa Haj Yasin di hadapan Van sosej di Ramallah, Palestin
Sumber : MEMO

Sektor pekerjaan Israel di Palestin sememangnya dirancang untuk memberi kesan negatif terhadap kehidupan penduduk Palestin. Keadaan yang mengerikan ini semakin bertambah parah disebabkan wabak Covid-19. Walaupun perlunya langkah-langkah pencegahan yang drastik bagi mengatasi pengangguran yang sudah tinggi di Palestin namun situasi kini semakin memburuk.  Semua sektor perniagaan terjejas teruk, terutamanya bahagian pelancongan dan perhotelan.

Walau bagaimanapun, tidak semua pandemik dari kaca mata yang sama. Issa Haj Yasin , pelajar kejuruteraan melihat adanya  kelompongan di pasaran dan mulai mengambil inisiatif untuk membuka perniagaan mudah alihnya, Van Sosej. Berpusat di Ramallah, Yasin telah membuka van pertamanya sebelum wabak untuk memberi pendapatan untuk menampung perbelanjaan belajar dan hidupnya.

Yasin merupakan pelajar di Universiti Birzeit dan bekerja di restoran menjual sandwich, namun terdetik di hatinya ingin memulakan sesuatu yang berbeza di kampus, Pada mulanya dia ingin memulakan kedai kopi sendiri tetapi harganya terlalu mahal. Kemudian tercetus idea untuk membuka van makanan dan menjualnya dengan harga yang berpatutan. Dia bercadang ingin membuka van sosej kerana menurutnya belum wujud lagi di Palestin kedai sosej jadi saya memutuskan untuk menjadi yang orang yang pertama membuka van sosej meskipun hakikatnya penjualan sosej di seluruh dunia adalah satu kebiasaan.

Van Sosej yang diubahsuai itu merupakan jenis campervans VW klasik. Katanya setakat ini tidak ada kenderaan yang sama seperti reka bentuk dan warna van ini. Semua elemen van baginya adalah sempurna. Perniagaan ini berhenti pada bulan pertama krisis ketika perintah berkurung sepenuhnya dijalankan  tetapi dibuka kembali walaupun pandemik semakin buruk dan tempat makan di luar mendapat permintaan. Kini apabila perniagaannya sudah bertambah dua kali ganda. Yasin telah mengambil enam pelajar yang bekerja di dua van. Manakala sekarang ini dia sedang menyiapkan van ketiga yang akan mempunyai empat pekerja baru.

Sumber : MEMO

Membeli makanan di jalanan lebih disukai kerana lebih mudah untuk memesan secara banyak sambil dapat menunggu makanan di dalam rumah atau kenderaan. Pelanggannya tahu bahawa jarak sosial lebih penting, dan ia dapat mengurangkan  risiko jangkitan yang lebih sedikit. Van sosej oren pertama Yasin terletak di belakang Nelson Mandela Square, tempat yang popular yang dilalui oleh ahli keluarga ketika kembali dari perjalanan. Van kedua pula diparkir di universiti. Pelanggan hanya pelru meletakkan kenderaan, memakai topeng mereka, mengambil sosej mereka, dan pergi. Van ini sangat terkenal dikalangan murid sekolah. Apabila mereka melihatnya di jalan mereka teruja dan berlari ke arah van.

Pengusaha berusia 27 tahun itu kini merancang untuk menyiapkan van keempat, tetapi ingin menjadikan van keempat ini sebagai Sugar Van yang menjual pencuci mulut, seperti ais krim, marshmallow, yogurt beku berkrim, coklat dan wafel strawberi. Ini akan turut memberi peluang pekerjaan kepada rakan-rakannya. Dengan kemampuan memberikan pekerjaan kepada pelajar lain seperti saya yang berjuang untuk menjaga keluarga dan juga membayar yuran universiti membuat saya lebih bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan saya,” kata Yasin. Ini penting dalam waktu sekarang kerana ramai majikan memberhentikan pekerja mereka.

Menurut laporan baru-baru ini dari Biro Statistik Pusat Palestin, kadar pengangguran di Tebing Barat meningkat kepada 26.6% pada suku kedua 2020, dibandingkan dengan 25% pada suku pertama. pekerja yang bekerja di restoran, hotel, dan pembinaan paling teruk terkena wabak tersebut. Salah seorang rakannya yang bekerja di sebuah hotel di Jerusalem diberhentikan kerana hotel itu ditutup atas faktor perintah berkurung. Rakannya mengalami keserabutan sehingga meminta Issa untuk memberinya pekerjaan.

Bagi Yasin para pekerja perlu dibenarkan bekerja meskipun terdapat perintah berkurung kerana terdapat terlalu banyak kerosakan ekonomi di sini. Terlalu ramai rakyat yang berjuang untuk meneruskan hidup. Beliau berpendapat bahawa kita perlu belajar bagaimana mengatasi Covid-19 daripada melaksanakan pengurungan sepenuhnya.

Walaupun pengajian ijazah biasanya lima tahun, Yasin sekarang berada di tahun kelapannya belajar kerana dia tidak dapat mengikuti yuran pengajiannya. Dia tahu peritnya berjuang demi kehidupan. Dia menegaskan ramai rakyat Palestin seperti dia yang hanya ingin meneruskan dan menjalani kehidupan yang normal. Sekiranya sekatan kali kedua dikenakan, dia berpendapat bahawa perniagaan perlu terus dibuka untuk mengelakkan kesan yang lebih buruk.

“Apabila anda melihat sepuluh orang muda bekerja keras untuk belajar kemahiran baru bersama-sama dengan penuh semangat, dan mengetahui bahawa mereka mempunyai keluarga untuk diberi makan walaupun pergi ke universiti dan dapat membuat pembayaran yuran  semester mereka, maka saya tahu bahawa kita melakukan perkara yang betul. “Untuk melihat mereka gembira dan mencapai cita-cita mereka, itulah sasaran saya sekarang. Itulah yang akan membuat saya membuka sepuluh van lagi di Palestin. ” kata Issa Haj Yasin.

Yasin yakin sekiranya van sosej pertama di Palestin mencapai kejayaaan, dia akan terus berjaya dalam dunia perniagaan.

Sumber : Middle East Monitor (MEMO)