KUALA TERENGGANU: Satu perlawanan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun di bawah anjuran Nor Farhan Football Academy (NFFA) Cup telah mendapat sambutan yang baik daripada para peserta dan penonton yang hadir meskipun dalam cuaca hujan yang tidak menentu.
Pengasas NFFA Cup, Mohd Nor Farhan Muhammad berkata perlawanan yang diadakan pada hari ini mendapat sambutan yang sangat positif kerana ramai yang turut hadir dalam memberi sokongan kepada anak-anak mereka yang datang bertanding untuk perlawanan pada hari ini.
“Hari ini ada 32 pasukan yang bertanding dan saya diberitahu pasukan- pasukan ini bukan sahaja datang daripada Terengganu sahaja malahan daripada Selangor, Kedah, dan Pahang pun ada,” katanya ketika ditemu bual di KTC Arena semalam.
NFFA turut dalam perancangan untuk membuat pertandingan yang lebih besar lagi untuk tahun 2023.
“InsyaAllah NFFA akan buat paling tidak pun dalam empat atau lima bulan sekali dan perancangan kita NFFA untuk tahun 2023 ni akan ada dua ataupun tiga perlawanan terbesar yang kita akan anjurkan dan kita akan bincang balik dengan KTC Arena selaku penaja kita juga.
“Sasaran kita untuk menganjurkan lebih banyak program-program macam ni dan kita akan bermula dengan bawah 16 tahun, bawah 15 tahun, bawah 14 tahun, seterusnya bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun pun kita ada buat InsyaAllah,” katanya.
Farhan turut berkata melalui perlawanan yang diadakan ini juga ianya turut untuk mencungkil bakat-bakat muda yang terpendam yang boleh pihak mereka ketengahkan demi masa depan mereka.
“Semestinya kejohanan ni dibuat untuk mencungkil bakat-bakat muda dan untuk melihat pemain-pemain yang berbakat untuk kita ketengahkan. NFFA akan membuat satu pilihan yang mana pemain-pemain terbaik ini akan diberi pemain anugerah terbaik,” katanya.
Dalam perlawanan yang diadakan semalam, pasukan Real Chukai FA (RCFA B) telah berjaya memenangi Piala Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun NFFA Cup 2022 dan membawa pulang wang sebanyak RM1000 beserta medal dan sijil diikuti naib johan disandang oleh pasukan ATKT A serta tempat ketiga diduduki oleh pasukan Balok Makmur SK (BMSK B) dan masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM700 dan RM 300 beserta medal dan sijil.
Antara penaja yang turut menjayakan perlawanan kejohanan yang diadakan semalam adalah Hawk Mok kiter (bundle), KTC arena, Manis fm,Teratak Idaman, Paijangs sports, Sabasun, Coffee kick, Suka Makang, S.A.F Salman Al Farisi dan AC Legacy.
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM