Kelantan benarkan 20 orang hadir majlis akad nikah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kerajaan negeri bersetuju untuk membenarkan majlis akad nikah dihadiri seramai 20 orang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Dr Izani Husin, berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, hari ini.

Katanya, sebelum ini, untuk majlis akad nikah hanya tujuh orang dibenarkan, namun kini dilonggarkan dengan membenarkan 20 individu membabitkan 10 orang sebelah pengantin perempuan dan selebihnya pengantin lelaki. 

“Bagaimanapun, kenduri perkahwinan masih tidak dibenarkan lagi sebagaimana yang kerajaan maklum sebelum ini.

“Kerajaan negeri akan maklumkan perkara ini kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dalam waktu terdekat,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas JKKN, di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, bekalan vaksin akan diterima Malaysia pada hujung bulan ini dan suntikan berkenaan akan diberikan terlebih dahulu kepada barisan hadapan seperti petugas kesihatan, anggota penguatkuasa dan exco kerajaan negeri.

Sumber : Berita Harian