Kelantan Mahu Jumpa PM Isu Royalti Petroleum

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kota Bharu: Kelantan bercadang untuk berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi untuk membincangkan tuntutan royalti petroleum negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perjumpaan berkenaan bagi menyelesaikan isu tuntutan royalti petroleum sekali gus mendapatkan penjelasan lanjut.

“Tarikh perjumpaan bergantung kepada Perdana Menteri dan kerajaan negeri masih menunggu keputusan untuk berjumpa dengan beliau.

“Ini berikutan kita (kerajaan negeri) berpegang kepada Perjanjian Petroleum 1975. Jadi kita harap pihak Kerajaan Pusat boleh memberi ruang perbincangan untuk mempertimbangkan semula (tuntutan) royalti petroleum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih 2021 serta Pelancaran Zon Bersih, Indah dan Ceria Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan di Hotel Perdana di sini hari ini.

Mohd Amar berkata, pihaknya yakin hubungan baik antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Persekutuan mampu menyelesaikan kes tuntutan itu.

DATUK Mohd Amar Nik Abdullah menyerahkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Hotel Perdana di sini hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali
DATUK Mohd Amar Nik Abdullah menyerahkan peruntukan kepada Pihak Berkuasa Tempatan di Hotel Perdana di sini hari ini. FOTO Hidayatidayu Razali

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan.

Susulan itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, memohon penjelasan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan berhubung kenyataan Tengku Datuk Seri Zafrul mengenai pembayaran royalti petroleum.

Sumber: My Metro