Kelantan terima 40,000 dos vaksin Sinovac Khamis

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kota Bharu: Kelantan akan menerima 40,000 bekalan dos vaksin Sinovac Khamis ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata, bekalan dos vaksin tersebut adalah tambahan kepada bekalan vaksin bagi fasa kedua serta persiapan fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan peringkat Kelantan.

“Jumlah bekalan ini dapat diberikan kepada seramai 20,000 penerima suntikan vaksin bagi program imunisasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mengulas mengenai Kelantan akan menerima Sinovac pada Jun ini, Dr Zaini berkata, buat masa ini, pihaknya belum mendapat maklumat berkenaan jumlah keseluruhan kuantiti bekalan vaksin tersebut.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin dilapor berkata, negeri itu akan menerima bekalan vaksin Sinovac dalam kuantiti yang banyak dan mengharapkan penduduk ‘merebut’ peluang ini dengan berdaftar sebagai penerima suntikan vaksin.

Sumber: My Metro