Kota Bharu: Kelantan mengumumkan pemberian bantuan khas RM1,000 kepada penjawat awam negeri, manakala lantikan politik pula menerima RM500.
Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, bantuan khas berkenaan sebagai salah satu usaha kerajaan menghargai jasa dan komitmen penjawat awam di negeri itu.
“Bagi lantikan politik yang akan menerima bantuan khas berjumlah RM500 ini adalah termasuk penghulu dan kakitangan Bahagian Dakwah Halaqat.
“Manakala guru al-Quran dan fardu ain di bawah Bahagian Halaqat menerima RM250,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kota Darulnaim, di sini, kelmarin.
Sumber: My Metro