(KEMASKINI) 37,421 Mangsa Banjir Ditempatkan Di PPS Setakat 8 Pagi

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN: Sebanyak 37,421 mangsa banjir melibatkan 10,937 keluarga masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini setakat 8 pagi hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, ini kesemua mangsa ditempatkan di 264 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sembilan daerah.

“Di Kuantan, seramai 13,496 mangsa daripada 3,911 keluarga berada di 65 PPS yang ada, Temerloh 11,703 mangsa daripada 3,315 keluarga dipindahkan ke 79 PPS, dan Bentong 4,695 mangsa daripada 1,590 keluarga dipindahkan ke 17 PPS.

“Daerah Bera seramai 2,184 mangsa daripada 623 keluarga dipindahkan ke 20 PPS, Pekan 1,571 mangsa daripada 461 keluarga dipindahkan ke 21 PPS, dan Jerantut 1,477 mangsa daripada 379 keluarga dipindahkan ke 23 PPS setakat ini.

“Lipis pula seramai 1,109 mangsa daripada 348 keluarga dipindahkan ke 16 PPS, Maran 811 mangsa daripada 214 keluarga dipindahkan ke 19 PPS, dan Raub 375 mangsa daripada 96 keluarga dipindahkan ke empat PPS,” katanya.

Beliau berkata musibah banjir ini juga telah mengorbankan sepuluh orang mangsa daripada Kuantan, Bentong dan Raub setakat ini.

Beliau berkata jalan yang ditutup di seluruh negeri ini juga meningkat kepada 50 jalan melibatkan tujuh daerah disebabkan banjir dan juga tanah runtuh.

“Di Jerantut, jalan yang ditutup adalah Persimpangan Jengka 8-Maran, Kuala Lipis-Jerantut, Jalan Bukit Puas-Gintong, Jalan Sungai Yap-Pasir Tambang, Jalan Kampung Paya Petai-Sungai Salan, Jalan Paya Rajin, Jalan Pulau Tawar-Durian Hijau, Jalan Bukit Embun-Tebing Tinggi, dan Jalan Ulu Retang-Merting.

“Di Temerloh di Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Temerloh-Mentakab, Loji Air Batu Sawar, Jalan Utama Jenderak, Jalan Bolok-Sok Mek, Jalan Utama Mempaga/Bukit Damar/Lakum, Jalan Paya Luas-Perlok, Jalan Kampung Lipat Kajang, Jalan Teluk Ira-Rumpun Makmur, Jalan Simpang Songsang-Bangau, Jalan Megat Segama, Jalan Alternatif Paya Luas – Paya Jauh, Jalan Kampung Belenggu, Jalan Bahagia – Belenggu Halt, Jalan Batu Kapur, Jalan Sanggang – Lubuk Kawah, dan Jalan Kuarters JKR.

“Di Maran, di Jalan Pekan Sehari-Kampung Awah, Jalan Kampung Wau/Kertau, Jalan Serengkam, Jalan Bukit Tajau-Bandar Pusat Jengka, Jalan Utama Jengka Utara/Selatan, Jalan Chenor Sekara Kening, Pejing, Jalan Masuk Kampung Paya Ladang, dan Peijing,” katanya.

Tambah beliau lagi, jalan ditutup juga turut melibatkan daerah Pekan, Kuantan, Bera, dan juga Bentong setakat ini.

“Di Pekan jalan ditutup adalah di Jalan Teluk Ganchong Lepar, Pelak – Belimbing, dan Jalan Mentiga Terapai. Di Kuantan di Jalan Sungai Lembing. Dan di Bentong di Jalan Karak – Simpang Pelangai.

“Di Bera di Jalan Gemas-Temerloh, Jalan Utama Gugusan Bera, Jalan Bohor Bahru, Jalan Triang 1, Jalan Bukit Serdang, Jalan Kampung Menteri, Jalan Kuala Bera, Jalan Charuk Puting – Guai, dan Jalan Charuk Puting – Selindang,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA