Kembalikan Aku

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Tepat pada jam pukul 9.00 pagi, Sarah bergerak sendirian ke perhentian bas berhampiran kawasan rumahnya untuk pergi ke pejabat. Sarah kelihatan terkejar-kejar masa kerana waktu mesyuarat akan bermula pada jam 9.30 pagi. Setelah selesai mesyuarat tersebut, Sarah telah bersiar-siar ke tasik untuk tenangkan fikiran yang dalam keadaan keserabutan itu. Tiba-tiba, Sarah mendapat panggilan daripada ibunya iaitu Hasnah yang menyuruh Sarah pulang ke rumah secepat mungkin.
“Sarah, kamu berada di mana sekarang ni?,” tanya Hasnah kepada Sarah.
“Saya sekarang ada di tasik. Kenapa ibu?,” jawab Sarah dengan tenang.
“Kamu balik ke rumah sekarang sebab ibu ada benda nak bincang dengan kamu.”
“Baiklah ibu.” Balas Sarah mendengus kepada ibunya.

Semasa dalam perjalanan, Sarah terserempak dengan seorang lelaki iaitu Chi Min. Chi Min telah menegurnya tetapi Sarah tidak membalas teguran tersebut kerana dia takut dan sebelum ini Sarah tidak pernah ditegur oleh mana-mana lelaki yang tidak dikenali.
“Hai, gadis manis kamu nak pergi ke mana tu?.” Selamba Chi Min tanya kepada Sarah.
“Hmmm….”
“Amboi, sombongnya gadis ni.” Jawab Chi Min dalam hati.
Sarah memandang ke arah langit. Dia tidak nampak apa pun kecuali awan pekat menyelimuti alam sekeliling ibarat angin dingin kelihatan menolak awan menghala ke ufuk barat. Tiba-tiba, Chi Min telah muncul di hadapannya dengan memberi senyuman sinis kepada Sarah. Sarah berasa aneh kerana lelaki yang tidak dikenali itu memberi senyuman seperti merancang sesuatu. Tetapi, Sarah tidak menghiraukannya kerana itu hanyalah sebuah khayalan sahaja. Chi Min telah masuk ke rumahnya dengan menoleh ke belakang kepada Sarah.
“Ya Allah, takut pula aku tengok lelaki ni.” Sarah berkata dalam hati.
“Tak apa lah mungkin lelaki tu tersilap orang.” Sarah menjawab dalam hatinya.

Pada waktu malam, Young-ji telah keluar dan mencari tukang tilik iaitu Tok Dalang yang terkenal di kawasan perumahannya. Sebelum Young-ji memberitahu kepadanya bahawa anaknya mempunyai masalah dalam rumah tangga sehingga menyebabkan isterinya menjadi seekor arnab, tukang tilik itu sudah tahu apa niat Young-ji berjumpa dengannya. Terlebih dahulu, tukang tilik telah memberitahu kepada Young-ji bahawa rumah tangga anaknya dalam keadaan bahaya. Young-ji berasa ketakutan dan terfikir siapa yang telah memberi sumpahan kepada keluarga mereka sehingga menyebabkan Chi Min tidak pernah mendapat kebahagiaan. Tukang penilib nasib juga memberitahu kepada Young-ji, ada satu cara untuk mengelakkan sumpahan. Tanpa melengahkan masa, Young-ji menurut sahaja apa yang diberitahu oleh tukang tilik nasib tersebut kerana Young-ji sangat menyayangi terhadap Chi Min.
“Saya minta maaf, adakah awak Tok Dalang penilik nasib itu?,” Tanya Young-ji kepada Tok Dalang.
“Ye betul sekali.” Jawab Tok Dalang dengan memberi senyuman lebar kepada Young-ji.
“Saya datang ke sini sebenarnya ada hajat mengenai….” Tetiba Young-ji berhenti kerana Tok Dalang telah menyapa terlebih dahulu.
“Saya tahu, hajat kamu ke sini adalah untuk menilik nasib anak kamu sehingga menyebabkan isteri-isterinya menjadi seekor arnab.” Jawab Tok Dalang kepadanya.
“Hah, bagaimana Tok boleh tahu latar belakang keluarga kami?,” balas Young-ji dalam keadaan terkejut.
“Itu bukan urusan yang penting dari mana Tok tahu tapi yang penting keselamatan rumah tangga anak kamu tu.”
“Kenapa Tok?,” balas Young-ji lagi kepada Tok Dalang.
“Keluarga kamu telah terkena sumpahan dan ia tidak dapat dielakkan sekiranya kamu tidak dapat mencari cara penyelesaiannya terbaik.”
“Bagaimana caranya Tok? Saya sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kebahagiaan anak saya itu.”
“Dia mesti berkahwin bersama wanita yang beragama islam.”
“Baik lah. Saya akan mencari gadis beragama islam secepat mungkin.” Jawab Young-ji kepada Tok Dalang.

Ketika Young- ji sedang memandu kereta sambil memikirkan cara penyelesaian tersebut, tetiba Young teringat bahawa dia lupa untuk bertanya kepada Tok Dalang punca di sebalik kejadian terkena sumpahan kepada keluarga mereka. Lalu, Young-ji berpatah balik ke rumah Tok Dalang.
“Tok, maafkan saya kerana datang lagi sekali. Boleh saya tahu apakah punca sumpahan arnab terhadap Chi Min?.” Tanya Young-ji sambil mengeluarkan peluh.
“Ketika zaman ibu dan bapa kamu belum berkahwin, perkahwinan mereka tidak direstui oleh nenek ibu kamu. Tetapi, ibu kamu tetap degil dan terus berkahwin dengan ayah kamu tanpa mendapat restunya. Disebabkan itu nenek kamu telah memberi sumpahan sebahagian daripada keluarga itu akan mendapat sumpahan menjadi arnab. Ibu kamu tidak percaya malah ibu kamu telah makan seekor arnab kerana dia terlalu mengidamkannya. Tanpa disedari, ibu kamu tidak pernah beranggapan bahawa punca yang terjadi ini adalah daripada kesalahan dirinya sendiri.
“Ohh, patutlah ibu dan bapa aku selama ini bersikap pelik seakan-akan mereka melakukan kesalahan di masa lalu. Sekarang aku baru tahu Chi Min telah menjadi mangsa sumpahan dari nenek aku sehingga dia tidak dapat merasai kebahagiaan. Aku harus mencari kebahagiaannya asalkan sumpahan itu tidak akan kembali lagi.

Keesokan harinya, Young-ji telah merancang sesuatu tanpa memberitahu kepada Chi Min. Sebelum ini, Sarah dan Young-ji pernah terserempak sewaktu Young-ji bersama Chi Min. Ketika Sarah berada di perhentian bas untuk pergi ke pejabat, Sarah telah dimasukkan ke dalam kereta dengan menutup mulutnya sehingga dia tidak mampu meminta tolong daripada orang sekelilingnya. Sarah telah diculik oleh dua orang lelaki yang memakai baju berwarna hitam, memakai topi serta membawa pistol.
“Aku nak kamu culik seorang gadis yang berada di perhentian bas itu sekarang juga.” Kata Young-ji kepada kawannya.
“Baik bos.”
“Hai, kamu sedang menunggu seseorang ke tu?.” Tanya Young-ji kepada Sarah.
“Aku tak ada masa nak layan kamu berdua.” Jawab Sarah kepadanya.
“Tolong-tolong….” Sarah menjerit untuk meminta tolong.
“Diam! Aku suruh kamu diam! Bising betul kamu ni.” Balas Young-ji kepada sarah sambil menutup mulutnya dengan sehelai kain putih. Young-ji juga telah memberitahu kepada Chi Min untuk bercerai dengan isterinya kerana sumpahan itu akan membawa kemusnahan dalam keluarganya dan dia mesti berkahwin dengan seorang gadis beragama islam. Chi Min terpaksa mengikut kehendak Young-ji dan bersetuju berkahwin dengan Sarah walaupun tidak pernah bercinta antara satu sama lain.
“Anakku, ayah mahu kamu lepaskan isteri kamu yang tidak berguna tu!.”
“Kenapa ayah?,” balas Chi Min kepada ayahnya itu.
“Arghh… jangan banyak tanya, ayah nak kamu berkahwin dengan seorang gadis beragama islam,” jawab Young-ji kepadanya.
“Tapi… baiklah ayah, saya akan turuti permintaan ayah,” balas Chi Min sambil memikirkan sesuatu.

Dua minggu kemudian. Sarah menangis dan terus berdoa agar dia dapat keluar daripada keluarga tersebut. Ibu bapa Sarah telah cuba menelefonnya tetapi tidak berjaya kerana Young-ji telah membuang telefon Sarah tercicir di tempat perhentian bas. Pada pukul 12 malam, Sarah keluar dari rumah itu melalui pintu belakang untuk pulang ke rumahnya tetapi Sarah tidak tahu jalan pulang kerana dia sudah tinggal di China dan jauh dari keluarganya. Lalu, Sarah berpatah balik ke rumah suaminya dalam keadaan keesakan kerana dia tidak mampu pulang ke pangkuan keluarganya.
“Ya Allah Yang Maha Esa dan Pengasih, kau bantulah hambamu ini. Kau tunjukkanlah jalan keluar untuk aku bebas daripada keluarga misteri ini. Aamin Ya Rabbal Alamin.” Sarah memohon petunjuk daripada Allah SWT sambil mengalirkan airmata.
“Sesungguhnya aku sangat merindukan keluargaku.” Sarah meluahkan perasaannya dalam hati.

Tanpa disedari, Chi Min dan Young-ji telah berada di hadapan pintu dan memarahi Sarah kerana Sarah cuba lari daripada mereka. Sarah terkejut dan tidak mampu melawan cakap mereka kerana dia takut sesuatu buruk akan berlaku kepadanya. Young-ji dan Chi Min telah bercadang untuk mengetatkan pengawal di rumahnya dan sentiasa memerhatikan setiap pergerakan Sarah untuk mengelakkan Sarah keluar daripada mereka serta melaporkan diri kepada polis bahawa Young-ji telah menculiknya.
“Woi, dah pandai kamu nak larikan diri daripada kami!.” Jerit Young-ji kepada Sarah.
“Saya minta maaf,” balas Sarah sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain.
“Kamu masuk ke dalam bilik sekarang!.” Jawab Chi Min kepada isterinya.
“Kita perlu mencari beberapa pengawal untuk mengetatkan lagi pergerakan Sarah. Macam mana ayah setuju ke tak?.” Tanya Chi Min kepada Young-ji.
“Baiklah. Esok ayah akan minta pertolongan daripada kawan untuk mencari beberapa pengawal.”
Sarah telah mencuri telefon Chi Min dan cuba menelefon kepada pihak polis untuk meminta bantuan daripada mereka tentang penculikannya. Tetapi, Sarah tidak berjaya kerana Chi Min telah merampas telefon daripadanya dan dia juga telah mengheret Sarah masuk ke dalam biliknya.
“Assalamualaikum polis, saya Sarah ingin melaporkan tentang….” Tiba-tiba telefon itu dimatikan oleh Chi Min.
“Wah wah. Dah berani kamu nak melaporkan kepada polis tentang penculikan kamu haaa!.” Chi Min melaung di tepi telinga Sarah dengan kuat sekali.
“Bukan. Saya sedang menghubungi pihak hospital kerana badan saya kurang sihat.” Jawab Sarah kepadanya.
“Kamu tipu! Aku akan kurungkan kamu ke dalam bilik supaya kamu tak dapat melepaskan diri daripada kami.”

Sarah telah keluar dengan tergesa-gesa mencari jalan keluar sebelum dia ditangkap oleh Chi Min dan Young-ji. Ketika Sarah dalam keadaan keributan, dia telah ditangkap oleh pengawal dan mengikat kaki dan tangannya sehingga dia tidak mampu melepaskan dirinya. Chi Min telah sedar dan dia juga ingin membunuh Sarah tetapi tidak berjaya kerana Young-ji telah melarangnya. Young-ji risau sekiranya Sarah mati mungkin kehidupan Chi Min tidak akan bahagia dan sumpahan itu juga akan kembali kepada keluarganya.
“Kamu ni degil ke Sarah? Aku dah suruh kamu duduk diam-diam di dalam bilik tetapi kamu cuba nak larikan diri dari kami!!”
“Ya, aku dah tak tahan duduk di dalam rumah yang penuh misteri dan jenayah ini. Aku meluat!!!.” Balas Sarah kepadanya sehingga membuatkan mereka terkejut.
“Kalau ikutkan hati, aku mahu bunuh kamu sekarang!.” Jawab Chi Min sambil memecahkan pasu bunga tersebut.
“Jangan! Kalau kamu bunuh dia sekarang mungkin hidup kamu tidak akan bahagia.” Balas Young-ji kepadanya sambil memeluknya.

Pada hari itu, Sarah telah terdengar perbualan antara Young-ji dan Chi Min tentang penculikannya bahawa dia telah menjadi mangsa keadaan dalam keluarga itu disebabkan sumpahan kepada keluarga mereka yang menyebabkan isteri-isteri Chi Min telah menjadi seekor arnab. Sarah telah masuk ke dalam bilik Young-ji dan dia ternampak pistol dalam almari dan Sarah terfikir dengan cara mengambil pistol itu mungkin akan membantu dia melepaskan diri daripada keluarga itu. Kemudian, Sarah telah mengambilnya tanpa diketahui oleh mereka.
“Bodoh betul si Sarah dia tidak tahu bahawa selama ini dia telah menjadi mangsa keadaan kita untuk mengelakkan berlakunya sumpahan arnab dalam rumah tangga kamu.” Kata Young-ji dengan penuh perasaan bangga.
“Padan muka kau Sarah.” Balas Chi Min kepada Young-ji sambil ketawa.
“Ishh… kurang ajar betul mereka berdua. Kamu berdua tunggu nanti aku akan musnahkan kalian.” Bisikan sarah yang membuatkan dia semakin panas.

Pada jam 2.30 pagi, pergaduhan telah berlaku antara Sarah bersama Young-ji dan Chi Min dimana Sarah tertangkap oleh mereka kerana Young-ji melihat pistol di dalam almarinya telah hilang. Namun, Sarah berjaya melepaskan diri daripada mereka dan keluar dari pintu hadapan. Young-ji dan Chi Min juga telah berpakat bersama pengawal untuk mengejar Sarah yang lari tidak jauh daripada rumah mereka.
“Kamu nampak tak pistol ayah ada dimana?.” Tanya Young-ji kepada Chi Min.
“Tak nampak ayah. Mungkin Sarah telah mengambilnya.”
“Dasar gadis tak berguna!!!.” Marah Young-ji terhadap Sarah.
“Pengawal pergi cari Sarah sampai dapat. Jangan biarkan dia berjaya melepaskan diri daripada kita.”

Dalam keadaan gelap dan sunyi, Sarah telah berhenti dan berteduh di bawah pokok kerana dia tidak tahu jalan keluar dan agak keletihan.
“Di sana ada pokok. Aku mesti berteduh di bawah pokok kerana aku dah letih dan tidak tahu jalan keluar lagi.” Sarah berkata dalam hati sambil mengeluarkan peluhnya.
“Aku berharap mereka tak dapat menemukan aku.” Sarah berkata dalam hati lagi.
Tiba-tiba, mereka telah menemui Sarah dan telah menembak pistol ke arah Sarah tetapi Sarah berjaya menyorot di belakang pokok itu. Sarah berlari dengan pantas sekali kerana dia takut mati dibunuh oleh keluarga misteri tersebut. Young-ji dan Chi Min telah berpecah untuk menangkap Sarah dan ingin membunuhnya di dalam hutan tersebut.
“Aku dah nampak Sarah berteduh di bawah pokok tu.”
“Kita mesti berhati-hati jangan sampai dia melihat kita.” Balas Young-ji.
“Sarah dah lari. Kejar dia cepat!.”
“Kita mesti berpecah. Chi Min pergi ke arah kiri, dan ayah pergi ke hadapan.” Tegas Young-ji kepada Chi Min.
“Ok, baik ayah.” Balas Chi Min.
Apabila Sarah menemui jalan keluar daripada hutan itu, Chi Min dan Young-ji telah berjaya menemui Sarah dan mereka telah melakukan rancangan supaya Sarah mengikuti mereka.
“Kita tidak boleh berdiam diri macam ni. Kita mesti melakukan rancangan supaya Sarah tidak melarikan diri daripada kita lagi.”
“Ayah, aku ada idea yang bagus.”
“Idea apa tu?.” Balas Young-ji.
“Kita berpura-pura menipu dia untuk melepaskan dan menghantarnya pulang ke rumah keluarganya itu. Bagaimana ayah setuju?.”
“Ayah setuju. Tapi kamu kena berpura-pura minta maaf kepadanya bahawa kamu sangat menyesal berkahwin dengannya.”
“Sarah, kamu jangan takut lagi. Abang dah menyesal kerana telah menculik kamu.” Ujar Chi Min sambal menitiskan air mata.
“Sarah tak percaya! Kamu semua penipu dan jahat!.” Balas Sarah kepadanya.
“Kalau kamu tak percaya. Abang akan hantar kamu pulang sekarang juga. Setuju?.”
“Setuju setuju setuju.” Sarah membalas dengan memberi senyuman kepada mereka kerana dia tidak sabar berjumpa dengan keluarganya.
Tanpa disedari, Sarah terkejut kerana dia dibawa pulang ke rumah mereka dan Sarah ingin melakukan sesuatu yang agak mencabar.
“Rupanya aku telah ditipu oleh mereka. Dasar penjahat!.” Marah Sarah kepada mereka sehingga membuatkan dia hilang kesabaran.

Pada waktu petang, apabila Young-ji dan Chi Min sedang menikmati makanan di ruang tamu sambil menonton televisyen, Sarah cuba masuk ke dapur secara perlahan untuk mengambil sesuatu dan Sarah telah menikam dengan pisau sebanyak 5 kali kepada Chi Min dan Young-ji dengan kejam sekali sehingga dia tidak mampu melawan perasaan marahnya kepada mereka.
“Wah. Seronoknya kamu berdua makan bersama-sama sambil menonton televisyen.”
“Diamlah kamu Sarah!.” Balas Chi Min dan Young-ji kepadanya.
“Aku tak boleh berdiam diri. Aku mesti bunuh mereka sekarang juga.” Bisikan Sarah dalam hatinya sambil memegang pisau yang tajam itu.
Tiba-tiba, Sarah terkejut kerana disimbah air oleh ibunya. Lalu, Sarah tersedar daripada tidur yang lena itu.
“Sarah bangun. Dah tengah hari ni.”
“Ibu, Sarah ada di mana ni?.”
“Kamu ada di rumah lah. Kenapa?.”
“Rupanya semua itu hanya lah mainan mimpi bahawa aku telah berkahwin dan diculik oleh lelaki yang garang serta membunuh mereka.” Sarah bercerita kepada ibunya dengan penuh semangat sambil ketawa antara satu sama lain.