Manusia dilahirkan berbeza bahkan jika kembar sekalipun, belum tentu bentuk wajah dan setiap inci fizikal adalah sama belaka.
Bagi individu yang sering merenung wajahnya di cermin, pasti dia peka akan perubahan yang terjadi kepada wajahnya dari masa ke masa. Tak mustahil, wajah anda sebenarnya senget dan tidak seimbang antara sebelah kiri dan kanan (kedudukan hidung, mata dan bibir yang lari). Apakah ini normal?
Punca Wajah Asimetri
Pada dasarnya, wajah asimetri atau tidak seimbang ini biasanya mempunyai dua sebab sama ada individu berkenaan telah dilahirkan sebegitu rupa mahupun ia disebabkan faktor luaran yang mendorong keadaan itu berlaku.
Semula Jadi
Jika keadaan wajah asimetri itu telah berlaku sejak dari bayi, ia mungkin kerana genetik dan adalah kerana pengaruh keturunan. Menurut fakta, 10% pesakit dengan keadaan wajah asimentri ini dikesan sejak dari awal kelahiran di mana-bentuk tulang tengkorak bayi tidak seimbang sekaligus menjadikan ia punca kongenital.
Faktor Luaran
Manakala, pengaruh efek luaran pula adalah disebabkan seseorang telah melakukan rutin harian dengan cara yang tidak sepatutnya seperti:
- Mengunyah makanan hanya dengan sebelah sisi
- Gemar tidur dengan keadaan wajah tertiarap pada sebelah sisi
- Pernah tercedera
- Tabiat duduk pada kedudukan tubuh tidak seimbang
- Menyilang kaki, dll.
Cara Mengesan Ketidakseimbangan Wajah
1. Apabila anda meletakkan satu jari pada bahagian tengah wajah (atas tulang hidung), boleh lihat jelas perbezaan kedudukan bahagian wajah yang lari
2. Tulang hidung senget
3. Paras mata yang tidak sama di kedua belah
4. Kedudukan telinga yang tidak sama paras
5. Bentuk bibir yang boleh dilihat berat sebelah
6. Tulang pipi tinggi sebelah
7. Saiz mata besar sebelah
8. Rahang bawah tertolak ke hadapan menjadikan kedudukan bibir kelihatan abnormal
Untuk memulihkan wajah yang asimetri kembali simentri, pembedahan boleh dilakukan dengan kepakaran doktor. Ini khas untuk kes-kes yang melibatkan kedudukan tulang wajah yang kritikal.
Cara pemulihan lain adalah termasuk:-
- Rawatan menegangkan kulit di spa
- Perbaiki posisi tidur
- Perbaiki posisi tubuh; berdiri dengan tengak dan duudk dengan keadaan tubuh tegap dan lurus
- Merangsang kembali otot wajah dengan senaman “A.E.I.O.U” (sebut huruf A, E, I, O, U berulang kali dan pastikan rahang dan bibir menegang saat menyebut huruf-huruf berkenaan).
- Mula mengunyah makanan dengan bantuan kedua-dua belah rahang agar lebih seimbang.
Selamat beramal!
Sumber: Wanista