Kenapa Selalu Penat? Anda Mungkin Mengalami Masalah Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

“Penatnya…. Kenapa penat sangat hari ini?”

Sampai sahaja dirumah terus terkulai layu diatas sofa dan kadang-kala boleh terlelap sampai ke lewat malam.

Masalah orang yang mudah letih ini bukan perkara yang biasa. Ia boleh terdorong dari gaya hidup yang tidak aktif dan pengambilan makanan yang kurang bersumberkan nutrisi. Biasalah semua nak cepat sampai terjejas kesihatan diri.

Buat anda yang sering penat, pening kepala serta emosi juga tidak terkawal. Apa kata ambil peluang masih berbekalkan usia yang masih muda ini untuk memperbaiki cara hidup. Mulakan perubahan dan kenali faktor kenapa anda mudah letih dan tidak bermaya.

Kurang minum air

Air boleh memberi impak pada tenaga dan emosi anda. Kulit kering, sering pening kepala dan air kencing kuning petanda tubuh anda mengalami dihidrasi. Benda paling mudah pun anda tak mahu buat iaitu hanya meminum air kosong. Anda akan terasa perubahan yang positif dengan mengamalkan minum air secukup, bukan sahaja memperbaiki masalah sebelum ini ia juga melancarkan sistem penghadaman dan otak akan lebih cerdas.

Kekurangan air dalam tubuh, melambatkan segala proses tisu dan peredaran darah.

Foto – Meze Diet

Darah rendah

Mereka yang mempunyai masalah tekanan darah rendah tidak boleh lari dari wajah pucat, sering terasa kesejukan, cepat pening kepala jika posisi badan berubah dan penat. Tekanan darah rendah dikaitkan dengan kadar pam jantung yang lemah membawa oksigen dan nutrisi ke otak dan organ-organ penting lain. Banyakkan bersenam dan kekal aktif serta mengambil lebih sayuran, buahan dan daging untuk menambah darah.

Foto – greatist.com

Tidur berdengkur

Jam paling penting untuk dijaga ialah jam tidur. Tubuh badan memerlukan rehat yang secukupnya untuk mendokong pada hari seterusnya. Bagi mereka yang tidur mendengkur kerap kali terganggu kerana tersedak dari pernafasan yang tidak stabil. Gangguan terjadi apabila otak memberi isyarat untuk bernafas jika anda mula tersentak dan sukar untuk bernafas akibat berdengkur. Anda yang mengalami tidur berdengkur mengalami berat badan dan tekanan darah tinggi.

Foto – A.Vogel

Tekanan

Tanpa anda sedar berkemungkinan anda menghadapi tekanan atau terlampau banyak berfikir. Masalah ini tidak sihat untuk mental dan emosi. Malah ia memberi kesan kepada tubuh badan, pemakanan, tidur dan perasaan tentang perkara sekeliling. Dapatkan kaunseling daripada pakar atau seringlah berhubung dengan keluarga dan teman rapat. Jangan sekali untuk terasa terpisah dari mereka, sesungguhnya mereka ialah kekuatan yang paling utama.

Foto – greatist.com

Sumber : Wanista.com