Keputusan PRN Melaka jadi penanda aras

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Terengganu: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini bakal menjadi penanda aras hala tuju hubungan PAS bersama Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu amat penting dalam menentukan perancangan dan masa depan parti itu bersama PN terutama dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, PAS akan memperkasakan kekuatan parti bersama-sama dalam PN kerana mereka adalah komponen dalam gabungan berkenaan.

“Saya yakin keputusan pilihan raya di Melaka akan juga menjadi sebahagian di antara perancangan pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-67, di sini.

PRN Melaka dijangka bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PN, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

PAS bakal bertanding di lapan kerusi iaitu di Kuala Linggi, Taboh Naning, Durian Tunggal, Bukit Katil, Kelebang, Serkam, Duyong dan Merlimau.

Sumber: My Metro