Kerajaan negeri pertimbang fungsi bas dua alam

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU- Kerajaan negeri Terengganu akan membuat tinjauan semula berkenaan bas dua alam, Amphicoach setelah tiga tahun dibiarkan sepi.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata pihak kerajaan akan menilai kembali mengenai pengunaan Amphicoach untuk pada masa akan datang.

“Ada yang cadang buat tukun, letak di muzium malahan ada juga yang mencadangkan supaya ianya dijadikan sebagai kafe. Jadinya kita akan bincang nanti InsyaAllah”, katanya.

Terdahulu kerajaan Terengganu membatalkan pembelian bas dua alam yang bernilai RM2.7 juta atas faktor kelewatan projek dan isu keselamatan.

Beliau berkata antara masalah utama yang dihadapi ialah ‘overheating’ ketika bas tersebut beroperasi di darat dan air.

Menurutnya juga kerajaan negeri sudah menyerahkan kepada JKR untuk menilai spesifikasi kenderaan itu dan mendapati Amphicoach tidak direka bentuk dengan menggabungkan aspek keselamatan maksimum serta tidak menepati keperluan di darat dan air.

“Oleh kerana tiada penyelesaian, kerajaan negeri mengambil sikap menolak pembelian bas Amphicoach,” katanya pada sidang media di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang lalu.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM