Kerajaan Negeri Sasar 40 Kawasan CBT Menjelang tahun 2025

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu menyasarkan  40 Kawasan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) menjelang 2025 yang juga merupakan mercu Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata setakat ini sebanyak 29 kawasan CBT yang sedang diusahakan dan diberi tumpuan oleh kerajaan negeri dan 10 daripadanya telah dikategorikan telah berjaya.

“Kawasan CBT ini ada di semua daerah di negeri Terengganu, contohnya di DUN (Alur Limbat) ada 3 CBT, iaitu di Pengkalan Warisan di Pulau Manis yang mempunyai Kubur Tokku Pulau Manis, Dataran Banggol Cempedak dan Pengkalan Setar”.

“CBT ini secara ringkas tumbuh sewaktu Covid-19 yang secara langsung orang awam tidak boleh ke mana-mana yang pada mulanya berkumpul 2 orang, 3 orang dan sehingga 10 orang makan di situ, akhir sekali mereka fikir bagaimana nak menjemput orang luar lain datang ke tempat mereka,” beliau berkata demikian kepada wartawan manis FM di Pejabat DUN Alur Limbat.

Mengulas mengenai usaha kerajaan dalam membangunkan komuniti CBT ini, kerajaan negeri giat mempromosi kawasan CBT ini di Dewan Undangan Negeri untuk memperkenalkan kepada masyarakat selain di pihak Jabatan Pelancongan Negeri sendiri telah menubuhkan Unit CBT yang bertanggungjawab mempromosi dan menjaga CBT.

“CBT ini sebahagian besar kita masih sedang membangunkannya, kita beri sokongan, kita beri nasihat, libat urus dan kita pernah mengajak kumpulan wakil-wakil CBT ini keluar dari Terengganu untuk melihat CBT di negeri-negeri yang lain”.

“Misalnya, Calendar of Evet (CoE) kita, kita ada buat program-program di tapak CBT tersebut sebagai contoh Banggol Cempedak, Insyallah pada bulan 9 ini kita ada program Karnival Sungai Terengganu di sana”.

Tambahnya, sebanyak hampir RM 1 juta telah dibelanjakan pada dua tahun lepas bagi membantu kewangan kepada produk CBT ini.

– UNIT BERITA MANIS FM