Kerajaan Negeri Sumbang Kenderaan Untuk Masjid Negeri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Pahang menyampaikan sumbangan kenderaan kepada Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan untuk kegunaan dan keperluan masjid berkenaan.
 
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail di bangunan Majlis Perbandaran Bentong kepada Imam Besar Masjid Sultan Ahmad 1, YH. Dato’ Haji Badli Shah Haji Alauddin.


 
“Alhamdulillah, pagi ini saya telah menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri kepada tiga penerima dan berharap semoga sumbangan yang diberikan ini dapat digunakan sebaiknya, InsyaAllah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.
 
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram.
 
Selain penyerahan sumbangan kenderaan kepada masjid negeri, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy turut menyampaikan cek sumbangan bantuan daripada Kerajaan Pahang kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Bentong dan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Lipis.

Sumber: PAHANGMEDIA