Kerajaan Negeri Terengganu Umum Bonus Penjawat Awam RM900

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Sumber foto : Media MB Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bonus RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di negeri ini menerusi Belanjawan 2023.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata ia sebagai suntikan semangat kepada penjawat awam menggerakkan jentera kerajaan demi menjamin perkhidmatan terbaik disampaikan kepada rakyat.

“Sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan, saya dengan ini mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada hampir 14,000 penerima yang layak,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Samsuri membentangkan Bajet 2023 yang merangkumi RM1.991 bilion untuk perbelanjaan mengurus, RM500 juta perbelanjaan pembangunan dan RM30 juta perbelanjaan bekalan air.

Sumber : UNIT BERITA MANIS FM