Kerajaan Pahang Akan Cadangkan Untuk Menambah Pembukaan Kawasan Pelancongan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUANTAN : Kerajaan Pahang akan mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuka lokasi pelancongan lain di negeri ini bagi menampung jumlah kemasukan pelancong yang masuk.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata kawasan yang akan dicadangkan ini melibatkan Bukit Fraser, Cameron Highlands, Taman Negara, Taman Negeri Rompin, dan juga Kuala Gandah.

“Sebagaimana yang kita tahu, Pulau Tioman dan kawasan-kawasan pelancongan di negeri ini telah mencapai herd immunity termasuklah Bukit Fraser, Taman Negara, Taman Negeri (Rompin), dan juga Kuala Gandah, dan juga Cameron Highlands.

“Jadi kita nak mencadangkan kepada Kerajaan (Pesekutuan) atau pun Kementerian Pelancongan agar tempat-tempat ini juga dibuka kerana lokasi tempat-tempat ini hanya mempunyai satu jalan (masuk dan keluar) sahaja ke sana.

“Jadi dari segi pengurusan, dari segi untuk kita membuat pemeriksaan adalah sangat mudah. Jadi sebab itulah kita cadangkan juga supaya kawasan-kawasan ini juga dibuka kepada orang ramai,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Mohd. Sharkar Shamsudin

Beliau berkata demikian ketika sidang media mengenai Pelaksanaan Gelembung Pelancongan Domestik Pulau Tioman di Wisma Sri Pahang hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Tourism Malaysia Pahang, Kamarudin Ibrahim.

Menurut beliau lagi, kesemua kawasan yang dinyatakan itu juga merupakan tempat tarikan pelancong yang menjadi pilihan pelancong untuk berkunjung termasuklah kawasan Janda Baik yang juga dah mencapai herd immunity.

“Tioman hanya ada 1,821 bilik sahaja dan dari segi dive centers kita ada 30 pusat, pemandu pelancong tiga orang, pemandu bot di Tioman kita ada 88 orang.

“Jadi maknanya sedikit sangat, to compare to Melaka. Langkawi ada 60,000 penduduk, Melaka ada hampir 1 juta (penduduk), sedangkan Tioman kedatangan pelancong ada hanya 250,000 sahaja setahun.

“Jadi diharap ditambah lagi tempat-tempat yang disebutkan itu supaya ia menjadi fair dengan tempat-tempat yang lain. Sebagai contoh di Langkawi, sampai 20 flight sehari, Tioman hanya 1,821 bilik dan jika nak dibandingkan dengan Langkawi dan Melaka itu agak kurang,” katanya.

Sumber: PAHANGMEDIA