Kerajaan Pahang Kurangkan Separuh Kadar Sewa Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TEMERLOH : Kerajaan Pahang mengurangkan kadar sewa Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau kira-kira separuh bagi tempoh tiga tahun.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata enam lot kedai ini telah dikurangkan kepada RM300 daripada RM700 sebelum ini disebabkan oleh pandemik COVID-19.

“Kedai ini disebabkan COVID-19, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim yang merupakan ADUN (Ahli Dewan Negeri) kawasan minta supaya dikurangkan (kadar sewa).

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail selepas merasmikan Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau, di Dewan Terbuka Sri Ketumbit, Temerloh.

“Kita kurangkan daripada RM700 kepada RM300 dan ada juga RM200, dan Kerajaan Negeri lulus (kadar sewa) ini bagi tempoh tiga tahun,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau, di Dewan Terbuka Sri Ketumbit, di sini.

Turut hadir YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak; Timbalan Speaker Dewan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Jenderak, YB. Dato’ Sri Haji Mohamed Haji Jaafar; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kerdau, YB. Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad; dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato’ Sri Norolazali Sulaiman.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Pahang akan mengkaji semula kadar sewa ini selepas tiga tahun tersebut tamat.

YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail,

Beliau berkata kesemua enam unit kedai desa ini yang bernilai RM1.6 juga ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 2018, dan kerja pembinaan bermula pada 27 Mei 2019 sebelum memperoleh kelulusan sijil penyiapan dan pematuhan pada 3 Mei lepas.

Katanya, kedai desa ini dibina bagi menyediakan pusat perniagaan yang menawarkan kemudahan bagi pengguna jalan raya dan juga penduduk setempat.

Tambah beliau lagi, Kerajaan Pahang memperuntukkan kira-kira RM300,000 bagi tiga program yang dijalankan hari ini iaitu penyerahan geran motor kepada mobilepreneur DUN Kerdau, penyerahan kunci kedai desa, dan bantuan kepada 35 penerima.

Sumber: PAHANGMEDIA