Kerajaan Pahang Salur Bantuan Segera Kepada Mangsa Kebakaran Di Karak

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

BENTONG : Kerajaan Pahang telah menyalurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran di Kampung Baru Cina, Karak, Bentong bagi mengurangkan beban yang ditanggung akibat kejadian tersebut.

YAB Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, setiap mangsa menerima bantuan awal sebanyak RM1,000.

YAB Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail ketika meninjau lokasi kebakaran di Kampung Baru Cina, Karak, Bentong hari ini

“Kerajaan Pahang juga telah menyediakan penempatan sementara kepada mangsa namun ada yang memilih untuk menetap di rumah saudara,” katanya dalam satu hantaran di media sosialnya hari ini.

Sebelum itu beliau mengadakan lawatan ke tapak lokasi kebakaran berkenaan kelmarin.

Turut hadir, Pegawai Daerah Bentong, YH Dato’ Mohd Zulkifli Hashim

Katanya lagi, beliau juga akan membantu mangsa sehabis baik demi mengurangkan beban dihadapi dan harap mereka tabah menghadapi dugaan ini.

Sementara itu katanya, beliau berasa sayu melihat kesan-kesan dan tinggalan ekoran kebakaran membabitkan rumah dan rumah kedai di Karak baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau memanjatkan kesyukuran kerana tiada nyawa kehilangan dalam kebakaran ini.

Dato’ Sri Haji Wan Rosdy juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam memberi bantuan dan pertolongan membantu mangsa-mangsa ini.

Sebanyak 61 rumah dan lapan kedai di Kampung Baru Cina, Karak, Bentong musnah dalam kebakaran pada malam 1 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohd Zaidi Wan Isa berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 9.20 malam namun kebakaran hanya berjaya dipadamkan kira-kira jam 12.20 malam.

Sumber: PAHANGMEDIA