Kerajaan Pahang Sumbang RM10,000 Tampung Operasi SAR KAFA

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

RAUB : Kerajaan Pahang menyumbang sebanyak RM10,000 bagi menampung kos pengoperasian Sekolah Agama Rakyat Kelas Asas Fardhu Ain (SAR KAFA) Akademik Pengajian Raudhatul Quran di Raub.
 
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB Dato’ Abd Aziz Haji Mat Kiram berkata, bantuan tersebut diberikan bagi membantu meringankan pihak pengurusan SAR KAFA untuk menjalankan operasi pusat pengajian terbabit.
 
“Bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri ini merupakan rentetan kepada pelbagai bentuk bantuan yang telah diagihkan kepada seluruh rakyat Pahang dan saya berharap ianya dapat sedikit sebanyak membantu pihak SAR KAFA ini dalam menyediakan pendidikan terbaik buat anak-anak,” katanya.
 
Dalam satu hantaran di laman Facebooknya, beliau berkata, barisan tenaga pengajar diharap dapat memanfaatkan sumbangan yang diberikan dalam pembangunan akademik para pelajar.
 
Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Talam telah menyampaikan sumbangan terbabit di SAR KAFA yang terletak di Taman Amalina, Raub.

Sumber: PAHANGMEDIA