Kerajaan Pahang Tandatangan MoA Bernilai Lebih Rm9 Bilion

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pahang hari ini menandatangani memorandum  perjanjian (MoA) bersama Casa Inspirasi Sdn. Bhd. dengan nilai pembangunan kasar projek dijangka lebih RM9 billion bagi pembangunan bercampur di Genting Highlands.

MoA ini melibatkan projek pembangunan bercampur, terdiri daripada pangsapuri servis, rumah teres dua tingkat, rumah bandar, banglo dan institusi pendidikan serta kemudahan awam di Genting Permai, Genting Highlands.

Sesi menandatangani MoA ini disempurnakan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), YH. Dato’ Razihan Adzharuddin yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang manakala Casa Inspirasi Sdn. Bhd. pula diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Mejar Kehormat Lim Hock Sing dan disaksikan oleh YBhg. Dato Sri Haji Adnan Wan Mamat

Majlis menandatangani MoA ini disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Eksekutif Casa Inspirasi Sdn. Bhd., YBhg. Tan Sri Lim Hock San.

Hadir sama Pegawai Daerah Bentong, YBhg. Encik Mohd Khuzaidi Harun.

Kerajaan Pahang yang diwakili YB. Setiausaha Kerajaan Pahang dan disaksikan oleh YAB Menteri Besar Pahang juga kemudiannya telah menerima replika cek bernilai RM4.89 juta daripada pihak Casa Inspirasi Sdn. Bhd. sebagai bayaran komitmen syarikat kepada Kerajaan Pahang.

Bayaran ini juga adalah merupakan aku janji bagi memastikan projek pembangunan, pelancongan, dan pusat komersial di Genting Highlands ini berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Sumber: PAHANGMEDIA