Kereta Selalu Berwap Masa Hujan? Ini Cara Mudah Yang Perlu Anda Buat

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kereta anda selalu berwap masa hujan? Nak drive pun susah dan berbahaya kan bila cermin berwap ni. Takkan nak tunggu sampai hujan reda, tergendala jadinya semua urusan kan?

Jangan risau, terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan bagi mengatasi masalah cermin berkabus atau berwap ini:

1. Ambil ubat gigi dan sapukan sama rata pada bahagian cermin kereta belah dalam. Ini akan membantu mencegah pemeluwapan di cermin kereta anda. 

2. Anda juga boleh menggunakan krim pencukur mahupun sabun buku sekiranya tiada ubat gigi. 

3. Selain itu, ubi ketang juga boleh membantu cermin kereta anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuh menghilangkan kabus pada visor helmet.

Ikuti langkah-langkah berikut:

kereta selalu berwap masa hujan, ini cara paling mudah selesaikan masalah

Langkah 1 – Belah kentang kepada dua bahagian. Pastikan anda bersihkan dulu kentang tersebut.

Langkah 2 – Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin kereta belah dalam. 

Langkah 3 – Gunakan separuh lagi bahagian kentang jika diperlukan.

Langkah 4 – Biarkan cermin tu kering tanpa menyentuhnya. Sekiranya terdapat saki baki kentang pada cermin, lap cermin tu dengan tisu kering.

Selamat mencuba!

Sumber: careta.my