Kerja baik pulih rangkaian komunikasi di menara Felda Tayor siap sepenuhnya

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Kuala Lumpur: Kerja baik pulih rangkaian komunikasi membabitkan kabin komunikasi di Menara Felda Seberang Tayor, Kemaman di Terengganu, yang terbakar pada 30 Ogos lalu sudah berjaya dipulihkan sepenuhnya pada kelmarin.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter rasminya memaklumkan ia berjaya dibaik pulih dua hari lebih awal daripada yang dijadualkan.

“Ini membolehkan pengguna setempat menikmati semula rangkaian komunikasi dan liputan Internet seperti sedia-kala.

“Penghargaan buat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta semua penyedia perkhidmatan terbabit yang komited melaksanakan kerja-kerja baik pulih di menara komunikasi berkenaan secepat mungkin,” katanya.

Pada 31 Ogos lalu, MCMC menerusi kenyataannya memaklumkan kabin menara komunikasi di Menara Felda Seberang Tayor yang terbakar pada 5.58 petang, 30 Ogos.

Menara berkenaan adalah milik Desabina Industries Sdn Bhd yang digunakan pihak Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Kerosakan peralatan pada menara berkenaan juga menyebabkan perkhidmatan di beberapa buah menara yang bersambungan iaitu di Felda Air Puteh, Lubuk Lesong, Kampung Paman, Ladang Boustead, Kampung Pasir Gajah, Kampung Lubuk Lesung, Kampung Pasir Semut, Kampung Tebak dan Kampung Teladas terganggu.

Sumber: My Metro