Kes HFMD di Kelantan Mencatat Penurunan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan kini mencatatkan penurunan bagi tempoh Minggu Epidemiologi (ME) ke-21 iaitu sebanyak 1,179 kes berbanding Minggu Epidemiologi sebanyak 1,233 kes HFMD. 

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Zaini, sepanjang ME ke-21 bagi tempoh antara 21 hingga 28 Mei lepas, kes yang dilaporkan menunjukkan gejala ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar serta tiada kes yang berlaku komplikasi teruk atau memerlukan rawatan intensif.

“Kota Bharu telah merekodkan kes yang paling tertinggi iaitu sebanyak 429 kes, di Gua Musang sebanyak 130 kes, Pasir Mas pula mencatat sebanyak 108 kes dan di Tumpat mencatat sebanyak 97 kes.”

“Tambahan pula, di Machang mencatat sebanyak 87 kes, Kuala Krai 86 kes, Pasir Puteh 82 kes, Tanah Merah 75 kes, Bachok 65 kes dan di Jeli  20 kes,” jelasnya.

Beliau juga berkata, sebahagian besar wabak yang dilaporkan adalah melibatkan taska dan pusat jagaan kanak-kanak.

Katanya, tahun ini, majoriti kes adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun iaitu sebanyak 69.4 peratus.

“Secara keseluruhan, sebanyak 91.4 peratus daripada kes yang dilaporkan adalah berumur enam tahun dan ke bawah, diikuti 7.5 peratus bagi kanak-kanak berusia antara tujuh hingga 12 tahun.”

“Bagi remaja yang 13 hingga 17 tahun yang dijangkiti penyakit HFMD sebanyak 0.5 peratus dan golongan berusia 18 tahun ke atas pula sebanyak 0.7 peratus. Manakala, bagi jumlah kumulatif setakat ini adalah sebanyak 4,905 kes,” jelasnya.

Sumber: BERNAMA