Kesatuan Eropah (EU) gesa Israel henti ceroboh dan musnahkan petempatan Palestin

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Blok mendesak Israel menghentikan dasar penyelesaian ekspansi setelah 60 orang Palestin kehilangan tempat tinggal

Kesatuan Eropah (EU) pada hari ini menggesa Israel berhenti memusnahkan kediaman rakyat Palestin, sebaliknya memudahkan akses kemanusiaan ke komuniti itu, lapor agensi berita Anadolu.

Blok itu tegas menentang “dasar petempatan Israel dan tindakan yang diambil dalam konteks itu, seperti pemindahan paksa, pengusiran, pemusnahan dan merampas rumah,” kata jurucakap dasar luar Suruhanjaya Eropah dalam satu kenyataan.

Menurut Kesatuan Eropah, kira-kira 60 rakyat Palestin – termasuk 35 daripadanya kanak-kanak – dipindahkan sejak rejim Israel merampas dan merobohkan 46 rumah milik keluarga Palestin di Hamsa al-Foqa di lembah Jordan utara.

Kenyataan itu menyebut tindakan Zionis sepanjang tahun lepas sebagai “satu perbuatan yang amat dikesali” dan tetap diteruskan walaupun diketika Covid-19.

Jurucakap EU berkata badan terbabit menganggap tindakan Israel itu “tidak sah mengikut undang-undang antarabangsa dan sebagai penghalang kepada penyelesaian dua negara.”

Kenyataan tersebut mengulangi gesaan blok itu sebelum ini supaya Israel menghentikan semua peluasan penempatannya “di Timur Baitulmaqdis dan kawasan sensitif seperti Har Homa, Givat Hamatos dan E1.”

Perdana Menteri Israel Netanyahu Mei lalu mengumumkan kerajaannya secara rasmi akan menduduki Lembah Jordan dan semua blok petempatan di Tebing Barat.

Seperti kebanyakan masyarakat antarabangsa, EU tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah yang telah didudukinya sejak 1967.

EU berulang kali menggesa Israel menghentikan semua kegiatan pencerobohannya dan memusnahkan semua petempatan yang dibinanya sejak 2001.

– Bernama