Ketahui 4 tanda pasangan anda ada masalah menguruskan kewangan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

HARTA memang bukan segala-galanya jika hati sudah suka, namun masalah kewangan juga boleh menjadikan sesebuah hubungan berada dalam konflik.

Sebenarnya sebelum berkahwin lagi, perbezaan pandangan dalam menguruskan kewangan boleh menjadi punca masalah kepada pasangan.

Justeru, mempunyai pasangan dengan kewangan stabil adalah perkara penting. Tidak perlu kaya, yang penting boleh mengatur pendapatan dengan efisyen.

Berikut adalah beberapa ciri pasangan yang belum mempunyai situasi kewangan stabil.

29-financial-tips-for-30s

1. Sangat berahsia dengan soal kewangan

Kedudukan kewangan seseorang memang adalah perkara peribadi tetapi bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga atau sudah berkahwin soal itu bukan lagi privasi.

Namun jika pasangan tetap berkeras untuk tidak mendedahkan kedudukan kewangannya, dia barangkali mempunyai masalah kewangan atau tidak bijak menguruskan wangnya.

2. Tiada simpanan, pelaburan

Jika anda masih muda dan baru memulakan kehidupan dalam alam pekerjaan, tidak mempunyai simpanan adalah perkara biasa.

Tetapi jika pasangan sudah lama bekerja dan tidak pernah langsung berusaha untuk menyimpan atau membuat pelaburan kewangan, ia mungkin boleh menjadi ‘alarm’.

3. Tidak menguruskan perbelanjaan dan tanggungan

Dalam hidup berumah tangga, menjadi kewajipan kepada seorang suami untuk memastikan keluarganya berada dalam keadaan selesa selain memenuhi nafkah.

Namun sikap tidak mengambil berat terhadap pengurusan perbelanjaan termasuk menyelesaikan bil-bil sehingga tertunggak adalah amaran bahawa si dia tidak bijak menguruskan perbelanjaan dan mengalami masalah kewangan.

Boros

4. ‘Biar papa, asal bergaya’

Berhati-hati dengan pasangan yang mempunyai sikap berbelanja secara boros hanya semata-mata untuk bermegah diri tetapi di sebaliknya mereka menanggung beban hutang yang banyak.

Tabiat ini sudah memberikan gambaran jelas mengenai kemampuannya untuk membeli dan menyimpan.

Sumber: mStar