Percaya dan yakin sepenuh hati bahawa Allah memiliki kehendak dan ketetapan ke atas semua makhluk-Nya merupakan wujud daripada beriman kepada qada dan qadar. Seorang umat Islam wajib beriman kepada qada dan qadar yang merupakan salah satu rukun iman yang keenam.
Berikut merupakan hikmah jika seseorang memiliki keimanan pada qada dan qadar:
1. Lebih banyak bersyukur
Setiap Muslim yang beriman kepada qada dan qadar adalah orang yang lebih banyak bersyukur. Allah SWT berfirman:
“Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nya kamu minta pertolongan.” (Surah An-Nahl: 53)
2. Meningkatkan Sabar
Seorang muslim akan menyedari bahawa segala sesuatu yang terjadi adalah ketetapan dari Allah SWT dan hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan) Nya bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur.” (Surah Asy-Syura: 32-33).
3. Selalu berusaha
Seorang yang beriman kepada qada dan qadar akan membuat seseorang akan selalu berusaha melakukan yang terbaik. Allah akan memberikan jalan yang ringan padanya.
Allah berfirman yang bermaksud:
Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah At Taubah: 105)
4. Terhindar daripada sifat sombong
Segala yang terjadi pada kita, baik mahupun buruk adalah ketetapan dari Allah sehingga sudah seharusnya kita tidak bersifat sombong.
5. Selalu berharap kepada Allah
Setiap umat Islam yang beriman kepada qada dan qadar tidak akan pernah berputus asa daripada rahmat Allah SWT kerana ia percaya bahawa Allah selalu berikan yang terbaik kepada hambanya.
6. Lebih tawakal
Kita akan menjadi lebih ikhlas dan rela menerima setiap keputusan Allah SWT. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hanya kepada Allah kalian bertakwa, jika kalian benar-benar orang yang beriman” (Surah Al-Maidah: 23)
Berikut merupakan hikmah yang kita akan peroleh jika beriman kepada qada dan qadar. Semoga keimanan kita terhadap qada dan qadar semakin meningkat.
Sumber: MSTAR