Ketengah Agih Bantuan RM284,900 Kepada 163 Penerima Hari Ini

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) hari ini mengagihkan bantuan kebajikan bernilai RM284,900 kepada 163 penduduk di wilayah itu sempena Program Jamuan Keluarga Malaysia Komuniti Ketengah 2022.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata bantuan tertinggi ialah tajaan pengajian kepada 10 pelajar Kolej Ketengah Sdn Bhd yang keseluruhan berjumlah RM251,900 diikuti bantuan persekolahan sebanyak RM10,000 kepada 100 murid dan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Kita juga agihkan RM5,000 kepada 50 asnaf dan bantuan kos baik pulih rumah bernilai RM18,000 kepada tiga keluarga.

“Ketengah berharap semua pelajar akan memanfaatkan sepenuhnya bantuan diberi untuk cemerlang dalam pelajaran manakala asnaf serta penerima lain diharap dapat mengurangkan beban kewangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumber: BERNAMA