KETENGAH Agih Sumbangan RM 1.1 Juta Sepanjang Ramadan 1443H

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan sejumlah RM1.1 juta kepada 5,500 orang penerima dalam Wilayah KETENGAH.

Pengurus Besar KETENGAH, Yang Mulia Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa berkata, Pengurusan KETENGAH sentiasa merencanakan program-program yang baik demi manfaat rakyat dan usaha ini merupakan bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu dalam membawa pembangunan secara menyeluruh terutamanya kawasan di Wilayah KETENGAH.

“Setiap individu menerima bantuan RM200 yang diharap dapat membantu meringankan beban dan memenuhi keperluan mereka pada Ramadan kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Majlis sumbangan yang bermula pada hari 11 April 2022 (9 Ramadan) di Wilayah KETENGAH iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijadualkan berakhir esok.”

Insiatif bantuan melalui Tabung Amanah Masyarakat Ketengah  (TAMK) itu mula diperkenal pada 2006 dengan penyumbang terbesar kepada tabung tersebut adalah daripada keuntungan anak-anak syarikat Ketengah sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertujuan untuk memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM