Ketengah Santuni 850 Keluarga Asnaf

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KEMAMAN – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menganjurkan Program Sinar Aidiladha – Santuni Asnaf Wilayah KETENGAH sempena sambutan Hari raya Aidiladha yang memanfaatkan 850 keluarga asnaf.

Pengerusi KETENGAH, Datuk Seri Ahmad Said berkata program ini turut melibatkan penyampaian sumbangan bagi menceriakan penduduk yang kurang berkemampuan dalam menyambut kedatangan Aidiladha dan bagi menyemarakkan lagi suasana sambutan perayaan yang merupakan hari kebesaran Islam ini.

“Program ini diharapkan dapat menyemai nilai-nilai dan semangat perpaduan dan penyatuan penduduk dalam wilayah” katanya.

Sebanyak 14 ekor lembu telah dikorbankan pada program tersebut dengan pengagihan 1 kilogram daging kepada setiap 850 keluarga asnaf.

Program tersebut diadakan serentak di semua pembandaran KETENGAH iaitu Dewan Orang Ramai (Dora) Bandar Seri Bandi ini yang melibatkan 8 ekor lembu dan 400 keluarga asnaf, Surau Al-Qamariyyah, Bandar Ceneh Baharu yang melibatkan 2 ekor lembu dan 100 keluarga asnaf, Surau Perumahan Taman Ehsan, Bandar Ketengah Jaya yang melibatkan 2 ekor lembu dan 100 keluarga asnaf serta Masjid Bandar Bukit Besi yang melibatkan 2 ekor lembu dan 100 keluarga asnaf.

Program tersebut turut dihadiri Pengurus Besar KETENGAH, Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa dan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KETENGAH, Zainuddin Haji Md. Zaki

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM