Ketua Rabbi Yahudi mula bersuara terhadap China yang menganiayai umat Islam Uyghur

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Pemimpin Yahudi Ortodoks Britain kini bersuara dan mengecam China atas penganiayaan terhadap umat Islam Uighur.

Ketua Rabbi Ephraim Mirvis menyatakanantara faktor yang mendorong dia untuk bersuara kerana yterdapat persamaan antara penindasan orang Uyghur dan penindasan terhadap orang Yahudi selama berabad-abad lamanya.

“Bukti penganiayaan terhadap minoriti Uighur Muslim di China sangat banyak,” katanya.

‘Imej satelit, dokumen yang bocor serta saksi dari warga Uyghur yang terselamat semuanya menggambarkan akan penghancuran warga Uyghur lebih dari satu juta orang.

Pemimpin Yahudi tersebut menyatakan persoalan ‘Adakah benar, di dunia moden dan canggih ini, lelaki dan wanita masih lagi dipukul jika mereka menolak untuk tidak mematuhi kepercayaan mereka?

Sehingga para wanita terpaksa menggugurkan anak mereka yang belum lahir dan kemudian disterilkan. Bahkan pemenjaraan secara paksa, pemisahan anak-anak dari ibu bapa mereka serta budaya malu dan takut telah menjadi suatu yang normal?”

Pemimpin Yahudi ini meminta agar penyelidikan dilakukan terhadap apa yang terjadi di provinsi Xinjiang di kawasan Barat China, di mana lebih daripada satu juta warga Uygur dianggarkan telah dihantar ke kem pendidikan semula sejak 2015.

Sumber: Daily Mail