Satu solat hajat akan diadakan dalam tempoh terdekat di beberapa masjid yang berlaku kes ketukan misteri di daerah ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Badarddin berkata, pihaknya akan meminta kerjasama Pejabat Agama Daerah dalam usaha mengurangkan keresahan penduduk.
“Saya telah berbincang dengan Pejabat Agama Daerah untuk mengadakan solat hajat bagi memohon penduduk dilindungi ALLAH SWT,”
Dua kes dilaporkan di Kampung Perias, Jerantut Feri berlaku pada Jumaat lalu dan laporan polis mengenai kejadian tersebut telah dilakukan oleh mangsa terlibat.
Dalam pada sama, Mohd Zakhwan juga meminta orang ramai tidak melayan ketukan terbabit dengan membuka pintu atau tingkap.
“Banyak berdoa dan tingkatkan juga amalan membaca al-Quran, solat supaya jika perkara itu berkaitan dengan syaitan, ia akan lari daripada kita,” katanya yang turut terkejut kerana misteri ketukan itu kini berlaku Jerantut. -SINARHARIAN