Khabib Bimbing, Cetus Inspirasi Kepada Penagih Dadah

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Khabib bersama rakannya, Magomedzaid membantu para penagih dadah.

Khabib Nurmagomedov kini bekerja sama rapat dengan sebuah pusat pemulihan dadah amal. Juara lightweight UFC, yang bersara pada Oktober lalu meluangkan masa bersama rakan sepelatihnya, Magomedzaid Zaidov. Magomedzaid sebelum ini berdepan masalah ketagihan dadah selama kira-kira lapan tahun tetapi kini menubuhkan sebuah pusat pemulihan selain bertarung di MMA.

Dia berkata Khabib memainkan tugas penting dalam memberi inspirasi kepada bekas penagih di kampung halamannya di Dagestan. Ia bagi membantu mereka mengatasi masalah, selain peranan ikon berpengaruh yang dapat memberikan motivasi dan sokongan kepada individu berkenaan.

Magomedzaid, 29, memberitahu Sport Express: “Khabib dengan rela hati mahu terbabit dengan lebih dekat dalam proses untuk membantu bekas penagih dadah.

“Khabib telah membantu ramai orang. Terdapat kira-kira 50 orang penagih dadah yang dibantu dalam proses pemulihan. “Khabib meluangkan masa, hadir, memberi perhatian, bercakap dengan mereka. Ia adalah tindakan utama selepas pembiayaan kewangan.

“Perhatian yang diberikan kepada seseorang itu sebenarnya sangat bermakna. Khabib sangat membantu dalam perkara ini – mereka ini daripada kawasan di mana dia membesar.” Khabib juga tidak berkongsi semua kerja amal ini kerana sifatnya yang rendah hati, tetapi sangat senang melihat usahanya mendapat pengiktirafan yang sewajarnya.

Magomedzaid dengan rekod 2-0 sebagai atlet profesional bertanding di bawah banner Kejuaraan Pertarungan Eagle yang dikendalikan Khabib dan akan berdepan Ruslan Goncharov dalam pertarungan selepas ini.

Di sebalik berkongsi latihan di gim yang sama, Khabib ketika ini dilaporkan tidak mempunyai perancangan untuk kembali ke UFC.