Khasiat buah durian belanda

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

TERENGGANU –  Buah durian belanda mempunyai kulit yang berduri lembut, isi buahnya yang berwarna putih dan rasanya masam-masam manis yang sangat enak dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Selain itu, durian belanda juga dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Di Terangganu, terdapat sebuah Kebun Durian Belanda Najwa Yusof yang terletak di Kampung Kesom Kuala Terengganu. Dimana kebun ini telah menghasilkan (berapa buah pokok) pokok durian belanda. Durian belanda  ini termasuk dalam 16 jenis buah-buahan tempatan yang diberi keutamaan oleh negara ekoran potensi yang boleh dimanfaatkan kepada pengguna. Buah ini kaya dengan vitamin C, vitamin B, dan beberapa lagi nutrien yang menjadi penyumbang antioksidan. Vitamin C merangsang pembentukan sel darah, manakala antioksidan meneutralkan radikal bebas dan menghalang penyakit kronik.

Selain buahnya, daun durian belanda juga dijadikan minuman teh untuk kesihatan serta mampu  membersihkan dalaman perut dan memastikan sistem gastrousus berfungsi dengan baik. Juga untuk mengurangkan stres dan kebimbangan. Ini sekaligus membantu mereka yang mengalami masalah sukar tidur atau insomnia. Bukan itu sahaja, masalah berpunca daripada pernafasan seperti batuk, selesema dan yang berkaitan dapat diubati dengan pengambilan buah durian belanda. Kajian menunjukkan durian belanda membantu mengelakkan penyakit kanser dan dikaji sebagai alternatif kepada rawatan kanser

Biji durian belanda pula boleh dijadikan serbuk yang kemudian diformulasikan menjadi astringen kulit. Ia membantu mengurangkan garis dan kedutan pada wajah dan membaiki tanda-tanda penuaan seperti bintik pada wajah.

Sumber: Unit Berita Manis