KUALA KRAI– Jambatan Gantung Sultan Ismail berukuran sepanjang 21 meter dan lebar sembilan meter pernah dijadikan nadi pengangkutan darat dari Kuala Krai ke Kota Bharu, sekitar 19-20an.
Namun, terdapat beberapa kesan retakan pada struktur binaan dan berlaku hakisan tanah di kawasan berhampiran.
Meski jambatan atau Gertak Gantung Sungai Nal itu tidak lagi digunakan, namun ia merupakan warisan kebanggaan rakyat Kelantan yang dijadikan sebagai mercu tanda. Sekiranya tiada langkah membaikpulih jambatan dengan segera, rakyat Kelantan mungkin akan kehilangan peninggalan warisan sejarah di Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, perbincangan bersama pegawai Majlis Daerah Kuala Krai sudah dilakukan sejak empat bulan lepas untuk membaik pulih jambatan berkenaan. Beliau menjanjikan jambatan berusia lebih 100 tahun ini terus dipelihara dan menjadi antara kawasan daya tarikan untuk dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara ke negeri Kelantan.