Perkara tersebut dikongsikan di Twitter namun ia menerima pelbagai reaksi selain ada yang menyatakan banyak lagi fungsi lain yang perlu diberi perhatian berbanding perkara tersebut – contohnya penggunaan peranti telefon ke desktop dalam satu masa tanpa sambungan telefon mirip aplikasi Telegram.
Tapi jujurnya, masih ramai di antara kita yang lebih selesa ‘mute’ kumpulan Whatsapp demi menjaga hati individu dalam kumpulan tersebut. Sedar atau tidak, fungsi mute ini sebenarnya dalam masa sama turut membantu dalam menjimatkan bateri telefon pintar anda.
Jadi, apa kata anda? Suka atau tak dengan fungsi terbaru di Whatsapp ni?