Kitab al-Quran diagihkan kepada hotel di Kelantan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan hari ini menyerahkan sebanyak 1,800 naskah al-Quran kepada lebih 10 hotel, bagi menggalakkan pengunjung hotel membaca al-Quran.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Kelantan, Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman, berkata al-Quran berkenaan masing-masing disumbangkan oleh kerajaan Arab Saudi sebanyak 1,500 naskah dan 300 dari kerajaan negeri.

Katanya, setiap hotel menerima antara 30 hingga 50 naskah al-Quran yang akan diletakkan di dalam bilik penginapan.

“Agihan naskah ini kepada hotel akan memberi peluang kepada pelancong untuk membaca al-Quran dan lebih istimewa apabila al-Quran yang disumbangkan mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin.

Katanya, agihan al-Quran itu adalah satu langkah yang baik dan berharap pelancong sama ada domestik atau antarabangsa supaya menjaga kalam suci itu.

“Agihan al-Quran di hotel ini juga seiiring dengan dasar membangun bersama Islam. Kita ucapkan terima kasih kepada Atase Agama Kedutaan Arab Saudi yang memberi sumbangan ini.

“Saya harap sumbangan ini dapat menyemarakkan Ramadan dan mendapat keberkatan Allah SWT,” katanya.

Katanya, sumbangan itu akan diperluaskan kepada pengusaha inap desa dari semasa ke semasa.

Sumber: TZKRH.COM