KUALA NERUS – Kolej Ketengah bersedia dijadikan instituisi pendidikan tinggi atau hub Pendidikan dan Latihan dan Vakasional (TVET) ke arah inovasi berteknologi tinggi dan pembangunan teknikal saintifik.
Menteri Pembangun Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, Kolej Ketengah mampu melahirkan graduan yang berpotensi tinggi dalam kebolehpasaran graduan yang kompeten dan dilengkapi dengan kemahiran teknoprenuer, kreatif, versatile, hands-on dan inovasi teknikal supaya menjadi pilihan utama majikan pada masa akan datang.
Tambah beliau lagi, ia adalah selaras dengan perkembangan dunia yang berada di ambang Revolusi 4.0 (IR4.0) iaitu industri inovasi dan penyesuaian masyarakat terhadap teknologi baharu yang bakal dipacu oleh teknologi Robotic dan Artificial Intelligence (AI).
“Oleh yang demikian, semua IPT di negara ini termasuklah Koleh Ketengah haruslah sama-sama mengambil peluang untuk menambah baik serta memberi nilai tambah di dalam setiap kursus yang ditawarkan kepada pelajar bagi memenuhi kehendak pasaran yang telah bermula pada tahun 2021.”
Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika pengisytiharan Majlis Konvokesyen Ke-3 Kolej Ketengah.
Pada Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah yang kali ke-3 diadakan tersebut, seramai 648 graduan dikurniakan skrol diploma dan sijil yang bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Daripada jumlah tersebut seramai 404 graduan adalah penerima diploma dalam Diploma Awal Kanak-Kanak serta 244 graduan lagi penerima Sijil yang di dalam tiga kategori iaitu Oil and Gas, Kimpalan serta Operasi Kelapa Sawit.
Turut hadir pada majlis konvokesyen tersebut, Pengerusi KETENGAH, Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Said dan Pengurus Besar KETENGAH, YM Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa.
Sumber: UNIT BERITA MANIS FM