Kolej Komuniti KT Anjur Karnival Usahawan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

KUALA TERENGGANU – Kolej Komuniti Kuala Terengganu sedang giat memberi pendedahan kepada graduan usahawan melalui penganjuran Karnival Mini Usahawan di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall yang diadakan sehingga 7 November ini.

Melalui karnival yang dijalankan sepanjang 4 hari itu, 20 gerai pameran serta demonstrasi produk pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat.dipamerkan kepada pengunjung

Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin berkata, penganjuran tersebut merupakan pelaksanaan program TVETpreneurship (SPK) merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Pelaksanaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan menceburi bidang keusahawanan, kolej di negeri ini adalah penganjuran kali pertama.

Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin melawat salah satu graduan seni khat

“Matlamat utama program TVETPreneurship adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar terhadap bidang keusahawanan sebagai sebuah kerjaya pilihan.

“Selain itu, ia juga berpotensi melahirkan pelajar berkeyakinan diri yang tinggi dan berupaya memulakan dan mengurus perniagaan yang baru,” katanya ketika berucap dalam perasmian Karnival Mini Usahawan di KTCC Mall, semalam.

Sementara itu, Pengarahnya, Ts. Ali Mamat turut berkongsi, 15 pelajar terlibat secara langsung dalam dilatih untuk berinteraksi secara terus dengan bakal-bakal pelanggan dan akan mengalami sendiri suasana proses melakukan promosi dan pemasaran serta jualan.

Sumber: TRDI News