KP Kesihatan jadi vaksinator

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
PUTRAJAYA, 2 April — Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 208 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 3,116 kes dan terdapat 5 kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 50 kes. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Putrajaya: Walupun sibuk dengan tugas harian terutamanya dalam mengawal penularan Covid-19 di negara ini, namun Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah sempat ‘mencuri’ sedikit masanya menjadi vaksinator atau memberi suntikan kepada penduduk Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian gambar di laman Facebooknya, Noor Hisham dilihat menunjukkan picagari sebelum membuat suntikan kepada beberapa individu yang hadir di Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Dalam status yang sama, Dr Noor Hisham berkata, PPVB Seri Menanti itu diwujudkan khas bagi penduduk kSeri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi mempercepatkan pemberian vaksin di kawasan berkenaan.

Katanya, program PPVB Seri Menanti di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) itu sudah bermula Isnin lalu hingga Jumaat ini dan menyasarkan 80 peratus penduduk atau 2,500 individu akan diberikan suntikan vaksin bagi dos pertama.

“PPVB sebegini bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada masyarakat luar bandar untuk mendapatkan vaksin, terutamanya bagi mereka yang masih belum mendaftar untuk vaksinasidi bawah PICK atau pun belum menerima tarikh temujanji melalui aplikasi MySejahtera.

“Sehingga 28 Julai, seramai 1,728 penduduk di sekitar Seri Menanti sudah divaksinasi melalui dua kaedah penyampaian iaitu pusat pemberian vaksin satelit di Seri Menanti Resort bagi individu yang stabil.

“Dan kaedah kedua ialah menerusi lawatan rumah ke rumah dalam kawasan Seri Menanti bagi pesakit yang terlantar di rumah atau warga emas, orang kelainan upaya (OKU) yang tiada kemampuan fizikal atau mental untuk hadir ke PPV,” katanya dalam Facebook, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, program berkenaan turut mendapat kerjasama HCTM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institut Pengajian Tinggi (IPT), Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, bantuan turut diberikan oleh Pejabat Daerah Kuala Pilah, pihak berkuasa tempatan (PBT), pemimpin masyarakat tempatan, ketua kampung, Polis Diraja Malaysia dan beberapa agensi berkaitan.

“Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua sukarelawan, petugas dan pemimpin masyarakat tempatan yang memberikan kerjasama baik dalam menjayakan program ini.

“Penghargaan khusus diberikan kepada pihak Seri Menanti Resort yang membenarkan penggunaan fasiliti hotel sepanjang program secara percuma.

“Bagi mengatasi cabaran liputan Internet yang terhad di kawasan luar bandar pula, sebuah syarikat telco swasta sudi menyediakan perkhidmatan internet demi kelancaran pengoperasian PPVB ini tanpa sebarang caj.

“Semoga segala usaha ini akan dapat membantu negara dalam mencapai sasaran liputan imunisasi kelompok dengan secepat mungkin,” katanya.

Sumber: My Metro