KPLB Segerakan Bantuan Mangsa Banjir di Terengganu

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

HULU TERENGGANU – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan agensinya Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) mengenalpasti bantuan segera berupa kit bantuan bencana kepada kumpulan sasar mangsa banjir di Terengganu.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan segera hari ini melibatkan 800 unit yang berjumlah RM80,000 dan bantuan ini akan terus disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan bencana yang melanda Negeri Terengganu terutamanya di kawasan Hulu Terengganu,Hulu Dungun dan Kemaman.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media disini hariini. Pada masa yang sama menurut Mahdzir, KPLB juga akan membaik pulih infrastruktur dan rumah yang rosak atau musnah dalam kejadian banjir dibawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). “Saya telah berbincang dengan pihak terlibat setempat akan bantuan pasca banjir dengan meneliti kerosakan dan keperluan segera yang diperlukan oleh penduduk yang terjejas akibat bencana banjir ini”.

Di KETENGAH, agensi KPLB Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah,KETENGAH juga telah membuka kembali bilik gerakan banjir mulai 25 Februari 2022.

Sejumlah 3000 unit kit bantuan bencana telah diserahkan kepada mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan sementara dengan implikasi kewangan sejumlah RM300,000.

Mahdzir menambah,kakitangan dibawah agensi-agensinya juga akan dikumpul dan digerakkan bersama peralatan logistik lengkap seperti kenderaan bagi membantu mangsa banjir.

“Saya berharap, semua mangsa banjir bersabar dengan dugaan ini,pada masa yang sama saya meminta supaya mereka sentiasa berhubung dengan pihak-pihak berkaitan termasuk agensi KPLB bagi menyalurkan sebarang maklumat jika ada yang memerlukan sebarang bantuan,” ujar Mahdzir.

Sumber: UNIT BERITA MANIS FM