Krisis Kemanusiaan di Ethiopia, Tigray semakin memburuk menurut PBB

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter

Berdasarkan organisasi pelarian PBB, Keadaan pelarian  di wilayah Tigray Ethiopia “semakin kritikal,” dan menyatakan bahawa akses untuk bantuan sangat diperlukan dengan segera.

“Situasi kemanusiaan semakin kritikal, dan sangat penting agar bantuan kemanusiaan dihulurkan segera agar dapat membantu orang ramai  dan menyedihkan kerana pada masa ini, akses yang sangat diperlukan tidak ada. Bahkan sangat sukar untuk menentukan apa yang sedang berlaku di wilayah Tigray ketika ini.” ,” kata jurucakap organisasi pelarian PBB (UNHCR) Babar Baloch

Dianggarkan seramai 96,000 pelarian Eritrea, yang kebanyakannya telah melarikan diri dari pemerintahan wilayah Eritrea, tinggal di empat kem di Tigray.

Pihak UNHCR tidak memiliki akses kemanusiaan ke kem-kem sejak awal rusuhan berlaku, dan menanggarkan bahawa stok yang dihantar sebelumnya akan habis dalam tempoh waktu yang singkat.

Baloch juga mengatakan terdapat laporan bahawa kemungkinan masih terdapat sebahagian pelarian Eritrea itu bergerak ke dalam Tigray. “Harapan kami adalah apabila kami mendapat akses yang sangat diperlukan di kawasan ini, kami akan dapat menghantarnya segera kepada orang ramai dan meneliti apa yang telah terjadi,” katanya.

Mengenai pelarian Ethiopia yang melarikan diri dari Tigray ke Sudan, Baloch mengatakan bahawa 49,000 orang telah melintasi sempadan sejak awal November. Jumlah ketibaan harian biasanya turun naik antara sekitar 400 hingga 700.

“Terdapat kebimbangan mengenai pelarian yang ingin meninggalkan dan melarikan diri dan mencari keselamatan di Sudan yang mungkin telah dihalang. “Kebanyakan mereka berharap berlakunya proses damai agar mereka akan dapat pulang.”